Friday 14 September 2018

Island Hopping Pulau Langkawi | Package Harga Island Hopping

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera......

7 Ramadan telah berlalu, Alhamdulillah...belum terlambat rasanya cik yani nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam dan semoga ramadan kali ni membawa seribu satu hikmah kepada kita semua.

okay! kat sini cik yani nak kongsi pengalaman yang cik yani bercuti di Langkawi awal bulan lima hari tu.. Kalau sebut sahaja langkawi apa yang terbayang oleh kita adalah banyaknya coklat yang boleh kita shopping kan? sapa yang tak suka shopping kan..termasuklah cik yani....bestnya boleh borong macam- macam kan?

Selamat Datang Ke Pulau Langkawi Permata Kedah.

Untuk kali ni cik yani nak tulis entry mengenai aktiviti Island Hopping yang cik yani dan husband join semasa pergi ke sana... sebenarnya ada banyak tempat yang cik yani lawat dan pergi tetapi munkin ada masa cik yani kongsi di lain entry ya....

Island hopping antara salah satu aktiviti yang terkenal di Langkawi, jadi cik yani rasa rugi kalau pulak kalau tak terokainya alang-lanag dah sampai ke sana kan antara pulau yang akan di lawati adalah Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa. 

Macam mana nak ambik package island hopping?
Okay, masa cik yani pergi hari tu just walk in dekat kaunter sahaja. Untuk aktiviti island hopping jeti yang kita naik boat adalah di Jeti Pekan Rabu kat sana kita boleh dapatkan tiket secara terus di sana dengan harga RM40/ person  dan di sana biasanya diorang akan bahagiakan boat mana yang akan kita naik, biasanya setiap boat muat dalam 8-12 orang mengikut saiz boat yang kita dapat.






Jadual perjalanan boat vs sarapan pagi?
Biasanya boat akan start beroperasi jam 9 pagi tetapi bergantung kepada cuaca dan keadaan macam masa cik yani pergi hari tu tiba2 hujan lebat pagi tu jadi jam 10.30 baru first boat start jalan. Jadi sementara menunggu hujan berhenti sempat jugak la cik yani sarapan dekat jeti tu!sedap nasi lemak gulai ikan dia..suka cik yani..


Island Hopping Trip?
Untuk satu trip island hopping mengambil masa lebih kurang 4 jam. Biasanya diorang akan pergi Pulau Beras Basah selamasa satu jam, kat sini boleh la kita bermandi manda air laut dengan riang dan gembiranya, selepas itu akan pergi Pulau Singa untuk melihat helang kat sini sekjap ja lbih kurang dalam  20 minit dan destinasi terakhir adalah Tasik Dayang Bunting kat sini juga diorang bagi masa satu jam untuk mandi manda. Untuk masuk Tasik Dayang Bunting dikenakan RM3/person dan sewa life Jacket RM5/person untuk sesiapa yang nak terjun dalam tasik. Selebihnya adalah masa perjalanan atas boat.... Masa cik yani pergi tu selepas hujan kan jadi kuat jugak gelora air laut tu so make sure korang pakai life jacket masa atas boat ya untuk keselamatan.




Berbaloi tak pergi Island Hopping?
Bagi cik yani sangat berbaloi sebab selain kita dapat bermandi manda dengan riang gembiranya kita juga boleh tengok betapa cantiknya permandangan semula jadi yang di hidangkan sepanjang perjalanan atas air  tersebut disamping merasai gelombang air laut...best sangat!!!....

Pulau Beras Basah

Pulau Singa


Tasik Dayang Bunting





Have nice sharing with you guys dan selamat bercuti-cuti Malaysia....



LoVe,
Cik Yani

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...