Sunday, 13 July 2014

PILLOW FELT PERTAMA AKU


Ini lah hasil PILLOW felt pertama yang aku buat. Macam mana boleh timbul idea akun untuk buat pillow ni?? Dekat USM ada satu bangunan kedai tu nama UPTOWN MALL.. dekat kawasan tu ada sebijik kedai  craft yang jual bantal ni selalu jugak kalau aku g dekat saana aku akan tengok-tengok..cantik-cantik pillow yang dia buat ada macam-macam bentuk…suka aku tengok, kreatif betul kak tu.tak jemu mata memandang.

Dipendekkan cerita pada suatu hari tu, masa tangah bercerita dengan roommate aku dia tanya aku nak bagi apa dekat wedding sepupu dia, pastu aku tunjuk la bantal tu…  selapasdia tngok pillow tu dia tanya aku awak tak nak buat ka macam ni..kan awakbok buat keychain tu boleh.. aku pon terfikir nak buat ke tak? Kemudian roommate aku tanya awak buat la macam ni dekat saya nak bagi hadiah dekat sepupu saya.


Dengan penuh semangat petang tu jugak saya pergi beli barang-barang untuk buat pillow tu, bila dah beli semua ada maslah pulak benang bulu kambing dengan jarum tak ada, selepas itu mintak tolong membe aku belikan benang bulu kambing dekat luar, jarum plak aku guna jarum biasa yang dok jait baju tu. Waktu tu mang sukar rasanya nak buat guna jarum yang kecik tu untuk benang yang besar, sampai patah jarum tu. 

Selepas berhempas pulas selama beberapa jam akhirnya inilah hasilnya. walaupun hasilnya tak seberapa akau tetap gembira untuk kali pertama mencubanya. azam aku lepas ni nak trai lagi buat, ini semua membuatkan minat bercraft aku semakain bertambah bila mendapat semangat dari kawan-kawan yang suka tengok kerja yang aku buat. terima kasih kepada roomate aku Yana yang selalu bagi komen dan kawan aku yang lain Sumalin, Jojo, Yong, fatin, Michell, Syuhada dan Farah. Semua komen dan pendapat korang buat aku bertambah semangat dan membuat craf aku semakin berseni. 

Aktiviti memotong felt dan menjahit.

Memotong huruf dengan menggunakan gunting.

 Aktiviti mencuba menbentuk bunga dan huruf 

Hasil yang terakhir setelah beberapa jam bertungkus lumus menyiapkannya. 


- SMILE ALWAYS TO BE HAPPINESS -

No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...