بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum....
Entry kali ni aku nak flashback or throwback memory dan cerita 3 tahun lepas macam mana aku boleh mula berjinak felt krat? Mcm na aku boleh terjebak untuk
buat keychain nama??... untuk dijadikan satu cerita kepada genenasi aku yang akan datang.. Aku bukan la seorang yang kaki google atau seorang yang suka buat research sendiri.. Semuanya terjadi dan kedatangan idea nak buat keychain nama ni adalah bermula disaat aku cuti semester pada bulan
dua pada semester ke3… dok rumah saja boring tak tau nak buat melainkan aktiviti rutin
harian aku, megemas dan memasak... mcm suri rumah sepenuh masa lak kan..heheh...dari situ la idea
pertamaku muncul nak buat keychain, macam mana boleh ada nama pulak ialah waktu aku buat tu aku terbaya muka adik aku
yang selalu dok mintak dekat aku macam-macam tu. Jadi keychain pertama yang
aku buat aku letak ama adik aku AIDA. Pastu bila dah siap aku pon tunjuk dekat
adik aku dan family aku yang lain, semua tanya macam mana aku buat keychain tu. Dengan
muka poyonya aku pon terang la dekat family aku mcm na boleh dapat idea nak
buat keychain dgn FELT ni...hehehe..
Macam mana aku dapat barang semua
tu nak buat, aku ambik stok barang lama aku yang tahun lepas punya. Sebelum
ni aku ada buat kerongsang guna kain cotton..idea boleh buat kerongsang pon
muncul time aku terfikir ruginya masa dok tak ada keja. Felt dan fiber plak aku beli tahun lepas juga itu pon masa
jalan-jalan dengan membe aku dekat Gurney Penang masa masuk DAISO, masa tu la aku jumpa
felt, sebelum ni aku tak kenal pon felt tu apa, walau pon masa mybe material felt ni famous tetapi tak famous bagi aku yang membesar di perdalaman dengan kemudahan yang terhad pada masa itu.... ketinggalanya aku kan… lepas dah beli felt tu balik letak rumah ja sebab tak
xtau nak buat apa masa tu.
Alhamdulillah Allah telah memberi idea kepada aku untuk mencuba benda baru dalam hidup aku tetapi disebalik ni permulaan business ni sebenarnya terdapat sejarah nya yang tersendiri? Macam mana terdetik nak buat felt kraf? Semunya bermula pada tahun 2013 di mana tahun tu harga getah mula turun dan ayah, mak tak berapa sihat. Suatu hari masa balik kg masa sem 3 pengajian mak cakap " mak dah xboleh bagi duit macam selalu sangat dah macam dulu2, pandai2 la berjimat2 guna duit ptptn tu" selepas balik ke asrama perkataan tu masih terngiang2.. .
Selepas pada tu...setiap hari terfikir macam mna nak buat kumpul duit simpanan nak belajar sebab setiap sem ada banyak projek yang kena siapkan dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pada masa tu jugak target selepas habis degree nak smbung master kalau boleh.... bermula dari situ la tiba2 ilham datang utk trai buat keychain guna felt, yang mana sebelum ni pernah cuba buat tp secara minat sahaja.. kerana aku sentiasa mengingatkan diri aku " sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya cuma lambat atau cepat itu sahaja yang akan membezakan dengan orang lain tetapi kita tetap akan sampai kedistinasi yang di tuju"
Dari situ aku trai la bagi dekat sepupu aku yang tengah belajar si sekolah menengah tu bawak ke sekolah dia, kalau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah. Alhamdulillah……first time cuba ada orang yang sudi tempah..dari tempahan yang pertama tu la aku semakin mahir dalam menjahit dan lebih berkeyakinan untuk menjahit. Pada mula aku dok potong-potong felt ayah dan mak aku semua tanya nak buat apa banyak? Pada masa itu, aku pon terangkan kat mereka dan mak dan ayah aku faham akan minat aku dan beri galakkan untuk aku berkraf asalkan aku tak abaikan pelajaran aku saja tetapi aku tak la cerita fully kenapa aku nak buat jual keychain ni sebenarnya.. yang aku cerita hanya nak buat apa dan apa kegunaanya sahaja...
Sampai sekarang tahun 2017 aku masih lagi membuat kraf felt if ada orang order.. Alhamdulillah masih ada rezeki pemberian Allah dan yang paling mengembirakan hati aku adalah apabila ada customer repeat order...sebab apa? Maksudnya setiap hasil kerja aku tu....dapat memberi kepuasan hati dan cita rasa mereka....heheh... ( masuk bakul angkat sendiri sekali sekala kan.....)
Kat sini ada berberpa picture keychain nama yang aku buat sebelum ini....setiap order yang aku buat mostly aku ambik picture tetapi perkara yang tak berapa syok adalah apabila gmbar tu tak berapa cantik..huhu... Banyak sebab sebenarnya kenapa gambar tak cantik atau colour material tu tak sama dengan yang real, antaranya ialah resolution picture tu rendah, tak cukup lighting, kedudukan angle yang salah dan yang penting kena ada camera yang sesuai..
Tahun 2017 |
Tahun 2016 |
Note: entry ini ditulis hasil gabungan cerita dan perasaan 3 tahun lepas di saat bermulanya jejak pertama dalam membuat kraf dan juga pengalaman pertama terjebak ke dunia business secara online dengan gabungan perasaan sekarang saat entry ini ditulis ❤❤❤
Jumpa lagi entry akan datang....
Jumpa lagi entry akan datang....
Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani
Tahniah Yani :) impian menjadi nyata. lagipun Yani mmg kreatif :D moga terus maju. dah ada bintang dengan owl skrg :D
ReplyDelete