Wednesday, 5 July 2017

PENANG : Mini Reunion Bersama Jojo, Sumalin, Fatin & Yong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Unplanning mini reunion geng degree USM. Semua ni terjadi secara tiba2 apabila Jojo was text me yang diorang planing nak mai Penang. Jojo turun dari Melaka, Yong dan Fatin turun dari K.L dan aku dan Su dari Kedah....  Tarikh yang dijanjikan ialah 20 & 21 Mei 2017 iaitu hari sabtu dan ahad. Hal2 booking hotel Yong yang uruskan dan planning tempat untuk mengamit memory Jojo yang buat.  

Tetapi hari kejadian lain pulak yang jadinya..haha... Ini dia perjalanan pada hari kejadian:

20 Mei 2017

1.  Sumalin pickup Yong & Fatin di Stesen KTM Batuworth, diorang mai menggunakan ETS. Aku bertolak dari S.P jam 7.15 a.m jumpa diorang dekat Tol Sungai Dua dan bertolak terus ke Penang ambil Jojo di Stesen bas Terminal Jeti.

2. Jam 8.40 a.m kami breakfirst di tempat paling famous iaitu Roti Canai Tranfer Road. Sebenarnya kita sesat jugak first pencarian tu, last2 guna waze ja walaupun waze tu bawak jalan jauh tetapi okay la selamat sampai dan dapa makan sebab semua orang tengah nak makan dekat sana.




2. Cycling around Georgetown tak jadi sebab Jojo dan Sumalin tak berapa sihat so kita ubah plan pergi jalan2 Batu Ferringhi untuk tangkap gambar sambil2 nak throwback memory tempat lama yang kami jalan2 masa belajar dulu2 Kami pergi Monkey Beach iaitu berada di bertentangan dengan Spice Garden. 







3. Sambung perjalanan ke Teluk Bahang purpose sebab nak ambil gambar landmark Taman Negara. Dekat situ juga ada buat perhikmatan sewa bot untuk pelancong nak nak pergi ke untuk masuk ke Taman Negara atau ke Pantai Keracut.. Ada pelancong yang Hiking ke Pantai Keracut dan balik semula dengan menggunakan Bot dan ada yang sebaliknya tetapi kami pergi sana sebab nak bergambar dan cuci mata permandangan menarik saja.. Masa sampai sana around jam 12 a.m so time tu matahari tengah membahang dan tak berapa ramai orang sangat. 








4. Next target adalah misi mencari Ice Cafe yang tengah menjadi viral sekarang ni, ianya terletak di pusat bandar Georgetown. Ini kami cari guna waze ja sebab nak sangat pergi tengokkan mcam na rupa Cafe tu, puas cari parking tak jumpa, last2 parking jauh dari cafe dan jalan pergi sana... Kalau dekat pusat bandar ni masalah parking mang tak boleh nak di elakkan terutamanya hari weekend ramai pelancong datang sebab dekat sini juga ada Street Art yang boleh korang jalan2 cari dan ambil gambar.



5. Misi mencari makanan seterusnya iailah Nasi Kamdar Kapitan sebab nak makan Milani Chiken, okay ni tempat makanan yang famous lagi sedap, untuk di penang ni Kedai Kapitan ada dua tempat satu di Georgetown dan satu lagi dekat dengan QueensBay Mall. Kami pergi dekat Georgetown sebab dah parking area sini so just jalan kaki pergi sana. 





6. Check in Hotel Kami booking hotel dekat Trivago ja iaitu Heritage Hotel 1926 harga  hotel rm196 satu malam untuk 3 single bed dan termasuk sarapan pagi. Harge berpatutan dengan servis dan juga suasan persekitaran, sarapan pagi dia sedap  dan menu sarapan berpatutan. 




7. Selepas rehat sekejap dekat hotel kami sambung jalan2 ke Bukit Bendera (Penang Hill) waktu naik atas petang lebih kurang jam 5 petang dan kami turun jam 9 malam... Memang target duduk sana sampai malam sebab nak tengok permandangan waktu malam, now Penang Hill dah buka sampai waktu malam cuma gerai2 makanan dia saja buka sampai jam 7 petang sahaja.. Orang mang ramai gile munkin sebab hari weekend so ramai orang yang pergi bercuti. Permandangan dan landskap Penang Hill sekarang dah jauh berbeza dengan tahun2 sebelum ni banyak penambaikan yang telah dilakukan untuk keselesaan pengunjung.  Untuk student make sure korang bawak kad student ya untuk dapatkan separuh discount dan juga kad pengenalan jangan lupa jugak ye sebab masa nak beli tiket diorang mintak kad pengenalan okay! 












21 Mei 2017

1. Melawat  Lawn Cafe di acoworld. Tempat ni di cadangkan oleh Yong sebenarnya, apa yang menarik dekat sini adalah landskap nya yang menarik yang berkonsepkan taman ala english. Di sana juga terdapat 1 cafe yang menyediakn minuman dan juga bebrapa menu ringan sebagai sampingan.Tujuan utama pembinaan ini adalah untuk menarik minat orang ramai untuk pergi melihat projek yang di bangunkan oleg ecoworld dan mengikut maklumat dari pekerja cafe tersebut Lown cafe akan ditutup pada penghujung bulan 6 jika tiada perubahan tarikh. 













2. Makan di tengah hari di Warung Pecal Ibu... Okay ini antara warung yang famous kepada penduduk Penang dan juga pelancong yang terkenal dengan nasi pecalnya.


3. Selepas makan kami pergi borong Jeruk Pak Ali di Sungai Nibung, kedai dia berada betul2 di hadapan stesen bas sungai nibung. Siap dah borong makanan terus hantar Fatin naik bas pulang ke K.L dan aku, sumalin dan yong meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing2.

Percutian 2 hari 1 malam yang sangat bermakna untuk kami untuk menggamit memory semasa sama2 susah dan senang di alam belajar. Terima kasih Jojo, Fatin dan Yong yang sudi turun ke mari dan semoga cepat sembuh Jojo dan stay healthy dan dipermudahkan segala urusan, keep strong!!...

Moga2 kita akan berjumpa lagi untuk next vacation dan semua kawan2 kita dapat turun sama2 untuk next reunion..miss you Michell hope we can see you soon for next vacation. 


Let it memory and ease for future tourist reference. 


Love Cik Yani 💜



No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...