Assalamualaikum..Hye.. :)...
Apa Khabar semua? dah lama aku tak buka blog dan update apa-apa.. seriusly agak sibuk bila masuk semester baru ni.. banyak benda yang aku perlu perbetulkan..
Rasa tak sabar nak habis kan pengajian ni, pejam celik, pejam celik dah hampir 3 tahun aku ada dekat alam universiti dekat Penang ni, lagi 2 bulan akan tamat belajar, mesti aku akan rindu dunia belajar yang dikelilingi dengan gelak ketawa kawan-kawan.
Mula-mula dulu aku bukan la target pon nak masuk USM ni, aku rasa macam tak layak ja nak masuk USM memandangkan pointer aku masa Dip hanya cukup makan ja dengan MUET aku yang hanya cukup syarat ja. Kes kena paksa dengan membe ja isi borang permohonan (Thank Sahabat ), tetapi itulah dikatakan rezeki kan, akhirnya aku diberi peluang untuk menuntut ilmu dalam universiti dalam taman.
Sekarang tengah bertarung nak siapkan Final Projek dan juga kerja studio. Ya..kadang-kadang rasa down ja tetapi aku selalu ingtkan "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", kemudian jangan lupa selalu berdoa dan berhubung dengan mak dan ayah.
Doakan aku sabar dan kuat berusaha menghabiskan pengajian dekat USM ni dalam masa tak sampai dua bulan lagi.
Selamat Maju Jaya semua.
Wsalam...
No comments:
Post a Comment