Tuesday, 5 May 2015

Tiga Minggu Sebelum Pembentangan Projek Akhir


Assalamualaikum  dan hai semua.....

Apa khabar semua? Saya mendoakan anda semua sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah dengan kehendaknya...

Getaran semakin terasa, lagi tiga minggu akan diadakan VIVA  atau lebih dikenali sebagi " final presendtation for final project", ( aku sudah final student), fikiran, otak dah terasa semakin serabut dan berputar tampa henti-henti, takot, gementar semuanya ada, tetapi tngok secara fizikal rilex dan cool sahaja..dalam hati Allah yang tahu macam mana perasaan ini ( saya rasa semua akan merasai apa yang aku alami ini).

Hari tu Dr dah submit semula " literature review" yang aku hantar untuk semakan Dr, bila tengok pembetulan yang Dr lakukan punya la banyakkan..ini maksubnya aku perlu gandakan usaha dan kerajinan lagi. Sebenarnya banyak perkara yang aku belajar dari Final Year Project  atau FYP.

Perkara pertama yang aku belajar selain "new inovation" project yang aku buat ni adalah penguasaan dan keyakinan aku terhadap bahasa english dah semakin meningkat. Di dalam kesibukan aku menyiapkan FYP, aku turut dihambat kesibukan denagn kerja studio yang aku rasa sem ini paling mencabar mental dan fizikal.

Alhamdulillah, setelah 5 minggu bertarung dengan project studio akhirnya 30 april 2015 berjaya juga hantar kepada Pensyarah setelah melalui pelbagai cabaran dan rintangan ( terima kasih kepada semua ahli kumpulan). Harap markah yang pensyarah bagi adalah A, disamping banyak ilmu yang berguna dan manfaat yang diperoleh dari projek studio tersebut. Tajuk projek kali ini adalah " membuat konsep struktur bagi asrama dua tingkat".


Sampai ini sahaja entri saya kali ini, ada masa terluang saya akan sambung perjalanan seharian yang saya lalui. Sebelum itu, saya memohon maaf jika ada khilaf dan terlajak bicara. Akhir sekali, Doakan Allah mempermudahakan segala urusan saya yang akan datang.

Usaha, Doa dan Tawakal.





No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...