Wednesday, 12 April 2017

DIY : Star Pillow with Felt

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Hari ni cik yani nak share star pillow daripada kain felt yang cik yani buat bulan lepas untuk tempahan customer cik yani khas untuk sahabat baiknya.
Sebenarnya cik yani tak ada full picture proses atau cara nak buat step by step sebab tak ada planning nak update dalam blog tetapi cik yani akan sedaya upaya tulis bagi lengkap step by step... 


Bahan :
1. Kain felt ( cik yani guna felt jenis lembut iaitu arcylic & poly  felt 1mm )
2. polyester fiber 
3. Benang
4. Gam uhu

Cara-cara : 

1. Buat acuan atau bentuk bintang menggunakan kertas (cik yani guna news paper)  dan  tranfer  bentuk star  tersebut ke atas kain arcylic felt
Di atas tu hasil rupa bentuk star yang cik yani dah hasilkan untuk saiz 32 x 30 cm
Untuk  wording dan hiadan emogi cik yani guna kail poly felt sebab poly lebih keras dan senang untuk membuat bentuk dan huruf yang sebih kecil.
Bagi wording dan emogi boleh guna gam uhu untuk tampal atau glue gam tetapi cik yani huna gam uhu. 
2. Hasil setelah siap dijahit dan di isi polyester fiber di dalamnya

Untuk jahitan cik yani akan jahit di sekeliling star terlebih dahuku dan cik yani akan tinggal sedikit ruang  lebih kurang satu jengkal untuk isi fiber, setelah siap di isi cik yani akan jahit semula bagi kawsan tersebut.


Untuk yang ni cik yani letak extra wrap dengan reben untuk customer cik yani  untuk di hadiahkan kepada sahabatnya . 
3. Untuk setiap produk keluaran cik yani akan ada label  #myhandmadedesign , sebenarnya label ni cik yani baru ja mula guna iaitu pada awal tahun hari tu dan label ini juga cik yani buat sendiri guna kaedah DIY jugak...

InsyaAllah next time ada masa cik yani akan cuba share macam mana nak buat label sendiri. 
4. Alhamdulillah dapat feecback positive daripada customer cik yani. 
Ini first pillow star yang cik yani buat tetapi tidak menepati citarasa cik yani sebab terlalu  kecil untuk muatkan wording dan  dia punya kaki star  terlalu panjang dan runcing so cik yani reject dan buat lagi sekali.

Kegagalan pertama adalah langkah kejayaan pada masa akan datang.

 Cik yani happy sangat bila customer cik yani suka pillow start ni untuk pertama kalinya cik yani buat pillow bentuk star. 





Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani

No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...