Wednesday, 26 April 2017

Hidup & Peluang

Hari  ni aku pergi kerja seperti biasa, jam 7.30 a.m dah keluar rumah tetapi semalam tidur ku tak lena entah kenapa? Dalam perjalanan ke tempat kerja aku terfikir-fikir kenpa tidur ku seakan2 tidak nyenak. Setelah puas aku berfikir aku teringat semalam sebelum tidur hati aku tak tenang dan tidur dalam keadaan berfikir dan tertanya2.... munkin ini sebab kenapa tidur ku tak nyenyak dan menyebablan aku malas dan rasa susah untuk bangun di awal pagi. Sebenarnya, itu hanya mainan emosi dan ujian untuk aku dan aku perlu buang jauh2 supaya aku bangun pagi dengan lebih semangat dan rasa syukur nikmat kurniaanNya.


Hidup ini adalah satu perjalanan,
Setiap hari adalah peluang,
Setiap jam itu kenangan,
Hidup ini hanya pinjaman sementara,
Peluang dan masa sentiasa seiring dan sejalan,
Aku selalu leka dengan masa dan peluang, 
Kadang kala setiap detik aku berlalu dengan kosong,
Aku tercari-cari dimana semangat dan perjuangan aku,


Aku sedar setiap detik itu sangat berharga,
Sering kali aku mengulangi kesilapan yang sama, 
Bila aku jatuh, aku bangun semula tetapi sampai bila peluang ini aku dapat?
Aku tekat ada beberapa perkara aku tak boleh ulangi kesalahan yang sama,
Kerana, 
Kedamaian harus dicari,
Kekuatan harus dipupuk,
Keyakinan harus dipasak dan bajai,
Kerana peluang tak selalu datang.










No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...