Wednesday 22 February 2017

First Job! Experience

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dengan izinNya, aku telah di tawarkan berkerja setelah tamat belajar. Ini semua impian seorang pelajar apabila tamat belajar tetapi aku sentiasa ingat diri aku bahawa rezeki setiap orang itu sentiasa berbeza2, jangan sesekali putus asa dan memandang rendah atas setiap yang berlaku dan juga terhadap keadaan sekelilingi. 

Last entry aku ada share pengalaman interview untuk pertama kali setelah aku tamat belajar...jadi entry kali ini aku akan sambung perjalanan aku setelah first interview.  it was so surprise to me and friend because after a few hour interview was done, we got call from that company, he say we are accepted to enter that company and will be start first day work one week after. Meaning that aku hanya ada satu minggu untuk selesai aku keperluan aku untuk pindah ke tempat baru dan clear kan semuanya urusan aku di USM.. On that time terlalu banyak kerja yang aku perlu selesaikan....

 Perkara yang aku perlu selesaikan pada waktu itu iailah elesaikan urusan asrama, bayar sewa asrama...benda ni paling lambat sebab kena buat surat tamat sewaan asrama dan jugak pergi pejabat bendari untuk settle kan deposit asrama dan jugak tunggakkan baki yang ada. perkara kedua  aku ialah membuat penyerahan kunci asrma.. dalam masa yang sama aku juga perlu mencari rumah atau bilik untuk disewa.. ini pon satu perkara yang memerlukan masa, first carian aku melalui kawan2 yang tinggal di area tempat kerja baru aku iaitu Sungai Petani dan ke dua melalui Mudah.com... akhirnya setelah survey selepas 3 hari aku jumpa satu bilik yang okay dengan harga dan juga area yang aku nak pergi kerja. Setelah aku conform dengan owner rumah tersebut aku dapat la sewa satu bilik dengan harga RM130 / month.. aku kira okay la sebab masih dalam target aku lagi dan rumah tu dah ada siap peti ais, tv, katil dan sebuah almari. 

Dah selesai semua tu ( sebenarnya masih ada lagi yang tak selesai..huhu...) di mana aku masih pending urusan tuntutan deposit asrama dan juga bayaran sewa asrama.. yang ni aku mintak tolong roomate aku athirah untuk tolong selesaikan ( syukur sangat Allah pertemukan dengan dia....banyak benda yang aku dapat belajar dari dia.. Semoga Allah merahmati Athirah dunia dan akhirat)..... pada masa itu menjadi satu kerisauan jugak pada aku ialah macam mana nak pindah barang2 aku dari USM ke Sungai Petani.. barang aku sangat banyak dan juga sebuah moto kesayangan aku. Setelah berbincang dengan family dan athirah.. Athirah menawarkan diri untuk tolong anta semua barang2 aku ke S.P dan moto aku abang aku akan tolong pergi ambik di USM dan hantar ke S.P. Satu hari sebelum aku lapor diri aku, Athirah  dan kawan aku Aina bertolak ke S.P bersama2 barang2 aku yang banyak gila..sampai tak muat kereta athirah... sampaikan aku tinggal separuh barang aku di USM..huhuhu..


Satahun punya barang.....ada separuh lagi tinggal terpaksa tinggak di USM. 


Kamin bertolak ke s.p dalam jam 5 ptg dan sampai di sana dalam jam 7 ptg sebab nya ini merupak first time kira orang pergi sana dan guna wave ja cari jalan tp sesat jugak..huhu.. kalau normal perjalanan 1 jam dah boleh sampai ke s.p.. setelah settle bayar deposit rumah, kenal kawan2 baru dekat rumah sewa dan angkut barang masuk dalam bilik, kita orang pergi cari makanan memandangkan hari tu aina berpuasa so aina just buka puasa dalam kereta ja dan kita orang pergi makan nasi arab di Nasi Arab Al-Haura... ini sebenarnya idea Athirah nak makan di sana sebeb athirah cakap di teringin nak makan di sana sebab banyak sngat review makanan dekat sana sedap dan best...masa kita orang sampai sana jam jam 7 macam tu.... yes makanan dekat sana mang best tetapi sayangnya tak ada gambar sebab masa tu bateri fon masing2 dah habis...huhu.....


Setelah selesai makan kami perdi solat di masjid berhampiran untuk solat magrib dan isyak sekali, settle semua kami balik ke rumah sewa semula untuk kemas barang2 dan jugak rehat, masing2 sangat penat dah time tu...... Dah sampai rumah angkut semua barang masuk dalam bilik, masa tu nak jadi hal jugak lampu dalam bilik tu tak mau menyala, jadi kelik2 ja...sedih ooo......kali pertama nak masuk bilik baru dah jadi macam ni.. tetapi Aina dan Athirah ni sangat la cool masih boleh berfikir lagi nak buat apa... setelah berbincang kami buat keputusan untuk tukar lampu dalam bilik tu dengan lampu di ruang tamu, memandangkan kat ruamg tamu tu ada dua biji lampu.. dekat situ menjadi satu masalah lagi sebab lampu dalam bilik tu tinggi.. so.. macam mana nak buat, tangga tak ada, masa tu jugak dah jam 11.00 malam dah.. tak kan nak pergi ketuk jiran sebelah kot...huhu.. puas puanya fikir terfikir alihkan almari dalam bilik tu ke bawah lampu dan naik atas tu.... ( pada masa tu ada 3 orang budak lain dalam rumah tu....semua pandang pelik ja...mesti diorang tengah fikir buasnya....budak2 ni....maybe la kan .....).. Sapa yang nak panjat almari tu?Aina  yang panjat almari tu!!! sebab dia yang paling kecik sebab tu sesuai sangat panjat almari tu....hebatkan Aina ni!!.... almari tu pulak timggi so solution dia ambik kerusi letak atas katil dan almari tu letak tepi katil.... setelah berhempas pulas akhirnya berjaya tukarkan lampu tersebut..... lepas dah berjaya, kemas sikit2 apa yang patut dan yang penting pasang kipas yang baru beli tu...baru la boleh rehat dengan senang hati............


Ke esokkan harinya bangun awal pagi sebab Athirah dan Aina kena gerak balik USM awal pagi dalam jam 8 pagi, Aina ada temujanji dengan Dr gigi dan Athirah ada meeting dengan dia punya supervisor untuk projek thesis dia, Bangun siap2 dalam jam 7 pagi kita orang keluar pergi cari gerai makanan untuk sarapan pagi...




Masing2 makan roti canai..sedap sangat sebab Aina yang belanja...hehehe..




Sesi bergambar setelah selesai sarapan dan masin2 dah nak bergerak ke haluan masing2.


Masa ni sangat sedih dan bersyukur sebab ada kawan yang sudi tolong mai hantar dan pindah barang ke tempat baru...Esoknya bermulalah hari pertama aku bekerja....

Thank Athirah and Aina... Moga Allah membalasnya...


*Entry ini adalah kenangan aku di masa akan datang untuk bicara semua, 
di saat ingatan aku mula pudar di mamah usia.



Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani





The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...