Tuesday 5 December 2017

LAZADA Online Revolution Blogger Contest 2017

Assalamualaikum dan hai....

Masa tengah check reading list dalam blog tiba-tiba ternampak satu iklan contest lazada sempena Online Revolution yang bermula pada 11.11.2017 yang lalu, mang terbeliak biji mata la bila tengok diorang buat sale sampai kan aku pon terjebak sama la, kalau korang tak percaya aku cakap boleh tengok dekat sini untuk lagi detail apa yang diorang tengah buat sale sekarang ni , https://www.lazada.com.my/online-revolution/ , peluang macam ni bukan datang selalu, jadi ini adalah salah satu peluang kita untuk memanfaatkan perancangan kewangan kita. 


Apa yang lagi menarik LAZADA juga telah menganjurkan satu contest untuk semua blogger untuk menyertainya dan ini merupakan kali pertama aku join contest yang dianjurkan oleh LAZADA dan korang juga boleh join sama-sama untuk memriahkan lagi sale pada tahun ini. Contest ini sangat senang hanya jawab 4 soalan yang diberikan dan pemilihan pemenang dipilih secara random.. mana tau rezeki kita kan.... so jom sama- sama join sebelum tarikh tamat yang bermula pada 11.11.207 sehingga 14.12.2017. 


Macam mana nak join contest ini?

Korang boleh layari https://www.lazada.com.my/blogger-contest/ .. untuk syarat-syarat untuk join contest tersebut...jangan risau soalannya sangat mudah dan soalanya seperti dibawah..jom la kita menjawab sama-sama ya...

  •  Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Ya..semestinya aku ingat, produk pertama yang aku beli dekat Lazada dengan menggunakan     akaun aku sendiri adalah Mini Sewing Machine pada awal tahun hari tu... sebelum pada itu aku pernah beli handfon ASUS pada tahun 2014 dengan bersama sahabat baik aku..seriusly berbaloi sangat sebab sampai sekarang aku masih lagi menggunakan handfon tersebut. Manakala Mini Sewing Machine itu juga menjadi salah satu barang kesayangan aku disebabkan lama juga masa yang aku ambil untuk servey sebelum membeli dan ianya sangat membantu aku mejahit produk kraf yang aku hasilkan secara kecil-kecilan.

  •  Which types of products would you prefer buying online?
 Aku tak pernah kisah untuk membeli apa-apa barang secara online, biasanya apa yang menjadi pemilihan aku adalah dari segi harga secara online dengan yang dijual secara luar talian, so dari situ jika aku rasa berbaloi aku akan beli tetapi biasanya antara produk yang aku biasanya beli secara online adalah barang-barang pembuatan kraf, pakaian dan alatan makeup.
  •  What to you love about online shopping?
Online shopping bagi aku sangat senang sebab kita boleh buat perbandingan secara terus tampa mengeluarkan model minyak kereta untuk bergerak ke sana dan ke mari, sebab itu lah aku suka sangat online shopping tak perlu fikirkan jarak perjalanan dan habiskan masa untuk keluar dari rumah. Buat pemilihan dan perbandingan, bayar dan tunggu depan rumah couries akan hantar terus ke depan rumah..i love..i love...
  •  Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Bila sebut pasal apa planning nak beli ni sebenarnya sangat lah rambang mata sebab next month juga planning untuk berpindah rumah duduk sendiri jadi banyak perkakasan rumah yang tengah servey untuk beli masa sale ni.. banyak sangat sale perkakas rumah tau...korang boleh klik link ini untuk maklumat lanjut https://www.lazada.com.my/online-revolution/



Macama mana korang senangkan soalan yang Lazada bagi... wish luck for me dan korang jugak ya... Thank You Lazada sebab buat Sale Online Revolution.


More info :-

DIY Bunga Konvo | Flower Bouquet

Assalamualaikum dan hai.....


Bertemu lagi kita, kali ni aku nak tulis entry mengenai cara macam mana nak buat DIy bunga konvo atau flower bouquet, sebenarnya ianya tak terlalu susah untuk dibuat sendiri dan tak terlalu senang, pada pendapat aku jika kita just buat satu ja bouquet dia jadi tidak berbaloi sebab kos untuk buat satu lagi mahal sebabnya kita tak boleh nak beli barang dalam quantiti yang sedikit tetapi kalau kita buat banyak bouquet ianya menjadi sangat berbaloi.....

Walaubagaimanapun tak salah untuk membuat walaupun satu bouquet kerana itu adalah hasil kerja tangan kita dan bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kita untuk berusaha memberi yang terbaik kepada si penerima.....gitu ha.... Okay! meh aku tunjuk hasil kerja aku yang aku bilang ini kaliu pertama aku mencuba buat bouquet untuk teman2 aku yang bergraduasi pada bulan 10 yang lalu...

Sebahagian daripada bunga yang guna
Bahan-bahan untuk buat bouquet
Separuh dari hasil tangan

Done!! untuk kawan2 konvo


Muka happy dapat jumpa kawan2 lama.... 
Masing2 bawak hadiah untuk kawan2 yang konvo



Sebenarnya tak ada niat pon asalnya untuk update sebagai entry tutorial so tak dapat nak juntuk step by step macam mana nak wrap bouquet sampai ke final siap semua... apa2 pon aku harap hampa dapat idea macam mana nak buat bunga konvo untuk kawan2 hampa ya... 



Terima kasih kerana melungkan masa untuk membaca...




LoVe,
Cik Yani

Tuesday 28 November 2017

Pin Cushion Sebagai Home Deco dan Cenderahati

Assalamualaikum.....


Entry kali ni aku tak share satu lagi produk yang terkini dan menjadi keterujaan wanita pada masa kini iaitu Pin Cushion yang biasanya digunakan sebagai tempat organizer pin tudung. 

Walaubagaimanapun ia juga boleh digunakan sebagai home deco disebabkan bentuknya yang cute dan comel. Selain daipada itu ia juga boleh digunakan sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan mahupun majlis santai yang lain. 

Pin cushion ini menjadi salah satu produk terbaru @myhandmadededsign dan menjadi trend untuk digunakan sebagai susun atur atau tempat menimpan pin tudung yang sangat efficient. 





Untuk yang berminat boleh layari instagram @myhandmadedesign untuk melihat lain-lain koleksi  yang boleh dijadikan hadiah atau cenderahati orang yang tersayang




Terima Kasih kerana sudi membaca coretan aku




LoVe,
Cik Yani

Tuesday 14 November 2017

Aina Nadiah Convocation 55th USM

Assalamualaikum dan hai....

Dah lama rasanya tak menulis  blog....rindu rasanya untuk menulis dan bercerita..
Sekarang ni musim convocation, setiap kali aku buka fb...ecxited rasanya untuk melihat graduan berpre konvo dan berkonvo, teringat sewaktu konvo aku dulu2..bestkan konvo.. saat yang paling best adalah dapat melihat wajah kegembiraan ayah dan mak serta berjumpa kawan2 seperjuangan yang telah terpisah selepas tamat belajar....

Aina adalah nama panggilan yang tak asing lagi di dalam blog aku ni, she is one of the my best friend, i meet she at USM through Athirah my roomate during master study. This years she will graduated Master in Art, i'm so happy and excited to seen her during convocation. Since Athirah still at USM so both of us plan to celebrate pre-convocation for Aina at Penang.

On 27th October 2017 we meet and plan some event as pre-convocation for Aina. We decided to go Street Art at Georgetown to handout and spend time together because we always our miss study life, where we always travel like tourist around Georgetown spend our weedend and our evening routing during study. 

Officerly on 29th October 2017, 2.30 p.m Aina become alumni USM when she already get scroll for convocation. Congratulation Aina !!!! so...now Aina and me waiting for next years convocation for Athirah... we always pray the best for you Athirah.



 




We are happy for your convocation day and the entire of your life! May Allah bless you and InsyaAllah you will havea great carreer in ur life and best future family everafter - Athirah & yani, we love you-



Part 1
LoVe,
Cik Yani

Friday 29 September 2017

DIY Printed Pillow | New Produk by Myhandmadedesign

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 

Aku berjaya mengeluarkan satu lagi produk baru dibawah myhandmadedesign dengan konsep DIY iaitu pillow printed dengan menggunakan fabric cotton. Di mana anda boleh mengabadikan gambar korang di atas pillow untuk  dijadikan hadiah utuk keluarga, teman-teman atau pun majlis hari lahir. Pillow ini juga boleh digunakan sebagai hiasan di dalam rumah atau kereta. 

Kelebihan produk ini adalah boleh dibasuh disebabkan menggunakan fabric cotton biasa yang boleh dibasuh dan cepat kering. Manakala bahagian dalam adalah menggunkan 100% fiber yang lembut dan anjal. 

Selain itu, ia juga boleh custom made pillow ini dengan gambar dan juga tulisan atau kata-kata untuk dijadikan kenangan. Untuk tempahan dan pertanyaan anda boleh ke offical Instagram @myhandmadedesign untuk melihat lebih banyak produk yang boleh dijadikan cenderahati untuk teman-teman atau anda boleh whatsapp ke 019.4818591.






Terima kasih kerana sudi membaca entry aku...


LoVe
Cik Yani


Monday 18 September 2017

Backpacker ke Hatyai-Songkla, Thailand

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak share pengalaman dan itinerary percutian aku secara backpacker ke negara jiran bersama 3 lagi sahabat dengan menggunakan pengangkutan awam. 


Duration travel : 2 hari 1 malam
Date : 9 & 10 Sep 2017
Travel partner: 4 Orang

9 Sep 2017 

8.00 a.m Train dari Sungai Petani ke Padang Besar (RM 9.3) sampai Train Station Padang Besar, Malaysia lebih kurang jam 9.15 a.m

1st cadangan nak masuk sempadan nak guna train Padang Besar ke Hatyai tetapi disebabkan tiket habis so tukar ke plan B Ambik kereta ke tempat cop border dan terus ke stesen van Padang Besar,Thailand ( biasanya brother kereta sewa ni akan ada ja sekitar station tu, so korang boleh deal harga dengan diorang). secara kasarnya laluannya begini :-

    Dari train station (Padang Besar Malaysia) -> border immigration Malaysia-> Border immigration Thailand -> Station van Padang Besar, Thailand. 

     Satu kereta boleh naik 4 orang RM 30 ( jatuh seorang RM7.5) ada jugak kerete yang dia hanya drop dekat tempat cop border saja lepas tu kita kena ambik kenderaan lain lak untuk ke stesen van untuk ke Padang Besar tetapi p kami tak mau pening so ambik terus 1 laluan. ( kalau nak naik train Padang Besar ke Hatyai kena beli tiket awal, sebelah pagi train jalan jam 9.50 a.m waktu Malaysia unuk sebelah pagi dan petang 3.30)

      Masuk Cop dekat Border dekat Thailand pihak immigration akan bagi satu Form yang perlu kita isi ( boleh jugak tanya/mintak dekat driver kereta yang kita naik biasanya diorang ada, if tak ada boleh ambik dari pegawai immigration Thai masa tengah beratur) Form tu sila simpan sebab masa nak keluar Thai nanti kena bagi balik ( return)  dan masa check in hotel hari tu diorang ada mintak tengok jugak. 

     Dari stesen van Padang Besar ambik van lak ke Hotel, jarak perjalanan around 45 minit, seorang 50 bath.( biasanya dia kan tunggu bagi penuh van baru bergerak ke destination kita nak pergi) kalau tak mau tunggu boleh ja ambik satu van tu dalam 800 bath. 

Check in Hotel  jam 1 p.m Thailand ( kalau jam Malaysia jam 2 p.m), book hotel di Booking.com. bayar masak pergi check in, kami ambik hotel Hatyai Ambassador Hotel ( 1 bilik 600 bath, queen bed ) 2 bilik 1200 bath, bilik sangat selesa, luas dan bersih. Masa check in hari tu tak kena bayar deposit pon cuma dia ada ambik 1 passport untuk simpanan diorang masa check out baru diorang pulangkan semula.

Petang tu round Hatyai-Songkla ambik package pengangkutan tut-tut 1400 bath untuk perjalanan dri hotel ke Tang Kuan Hill, Samila Beach, Flooting Market dan kembali semula ke Hotel. Harga tut-tut bergantung kepada tempat mana yang kita nak pergi, boleh bincang, biasanya harga antara tut-tut lebih kurang sama ja ( seorang jadi 3500 bath) – Naik Tang Kuan Hill kena bayar 30 bath.

Malam balik rehat sebab masa tu hujan so tak leh nak keluaq jalan2….huhu… + kena hujan masa tengah shoping dekat Flooting Market.

10 Sep 2017
Break First, makan dalam bilik ja sebab semalam dah beli roti siap2 dekat 7 eleven.

Jam 8.30 a.m waktu Thailand keluar hotel pergi Beli tiket di Train Hatyai (beli awal kalau tak tiket habis ) beli masa tu pon still kena berdiri..haha… harga 70 bath.. Mostly, pelancong akan terus pergi beli masa first day sampai Hatnyai untuk mengelakkan dari kena berdiri atau tiket habis...

Selepas beli tiket kami pergi Kimyong Market ( tempat shopping) kt sini ada pasar basar dan kering, di dalam bangunan pulak ada short lot yang jual macam-macam barang. Kat sini aku beli kain batik dan kain pelekat sebagai cendera hati untuk mak dan ayah. Semua barang ada jual dekat sini, baju jeket, kasut, handbag, barang elktronik dan macam2 lagi... (Pandai cakap dapat harga murah tp still kena berhati2 ya.....)
Jam 10 a.m pergi makan di Kai Tod Decha and Seafoad Restoren ( antara kedai makan halal yang femes dekat HatYai dan pernah masuk rancangan jalan2 cari makan Thailand) masa sampai kedai makan around jam 10 a.m so kena tunggu lama skit sebab jam 11 a.m baru mula beroperasi ( ayam goreng dan tomyam dia sedap sangat)...

Package Tut-tut dari Hotel- Train Station-Kimyong Market- Tempat Makan- Hotel-Train Station harga 80 bath seorang ( kami ambik orang dekat orang yang sama masa pergi jalan2 first day)

Okay! masa untuk back to normal day...bye2 hatnyai...see you soon.... 

Bertolak balik ke Malaysia... Kami, naik train jam 1 p.m jam Thailand, jarak perjalan untuk sampai sempadan Malaysia almost 1 ja, berdiri la aku selama  jam tetapi  di sebabkan berdiri ramai2 so tak ada la terasa sangat… tunggu q dekat border lak 1 jam…haha…ramai orang kan + tunggu pihak immigration buka pintu cop border, (naik train terus lagi senang sebab 1 way tak perlu stop banyak tempt dan yang paling penting  lagi jimat….) .

Naik train balik rumah ke Sungai Petani jam 4.45 p.m dari Padang Besar Station.

 
Peringatan masa dekat Border Immigration Thailand, so kita orang as pejalan kaki (menggunakan pengangkutan awam) tak ada bayaran yang kena. untuk yang naik kenderaan sendiri kena bayar ya...
 
Station Van Padang Besar, Thailand.
Van yang kami naik


Tiket van
 
Haadyai Ambassador Hotel












     
Sim Kad most recomended untuk pelancong, beli sim kad 100 bath di kedai telefon, untuk topup nak beli data beli dekat 7 elevent.


Kalau di Malaysia kita bayar base on nilai data yang kita guna tetapi untuk di sana kita bayar base on kelajuan data yang digunakan contoh ambik 29 bath + gst jadi 31 bath perday dengan kelajuan 4Mbps



Tut-Tut Hatyai.
  
Dekat sini boleh tengok view seluruh Songkla dan Hatyai, cantik wei...


Harga tiket 30 bath










View dari atas Tang Kuan Hill
 
Coconut Ais Krim..sedap sangat, masa ni beli masa turun dari Tang Kuan Hill 35 bath
    
Samila Beach


Samila Beach, kat sini la yang ada Mermaid patung tu tetapi disebabkan ramai sangat orang so aku tak tangkap gambar dengan mermaid


Cantik bangat pantai dia...Ramai orang berkelah dekat sini.








Flooting Market- ada jugak short lot yang juaal selain makanan.



Kat sini aku beli jeli kelapa ja dengan harga 35 bath
Ada performant jugak..


Kimyong Market, ada pasar basar dan juga short lot kedai dalam bangunan.



Tempat Shoping macam-macam ada...rabak poket kt sini..


Kimyong Market

 
View perjalaan masa pergi Songkla


 
Antara kedai makan Halal yang famous dekat Hatyai...most recomended



Halal ayam goreng yang sedap, boleh la pada untuk tapau bawak balik.. ( terletak depan kedai Kai Tod Decha)


Makanan yang kami order untuk 4 orang.. Tomyam and Ayam goreng dia sdap sanga tetapi tomyam dia sedikit masam dan pedas.

 
Hatyai Train





Kat sini jugak ada Hotel


Harga tiket 70 Bath, sapa lambat beli kena berdiri


Keadaan kawasan train station


Kami naik train platform no 4, ada 2 gerabak ja..huhu.... Train bergerak tepat pada waktunya okay!


Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik, korang boleh google  sendiri ya….hehe… hari tu dengan masa yang ada kami hanya sempat pergi 4  tempat ja and it most famous place to visit and recommended. 


Bajet adalah untuk basic kegunaan sahaja ya… tak termasuk shoping and makan2..
Bajet ikot korang la ya nak tukar berapa..haha…. kalau rasa nak  shoping  banyak and makan mewah tukar ya banyak sikit.. ( kat sana kan banyak makanan sedap……)

Masa pergi hari tu tukar RM300.6 dapat 2300 bath ( fully guna untuk semua basic di atas dan jugak makan2  dan shopping 3 barang dengan harga 600 bath ).


Terima Kasih kerana gigih membaca entry ini.....



Love,
Cik Yani

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...