Thursday 27 April 2017

Mahattan Fish Market & First Date

Semalam sebelum balik kerja tiba2 terpandang satu post dekat fb pasal Mahattan Fish Market tengah buat promosi..  ermmm..sebenarnya aku dah masukkan dalam list dah pergi makan tetapi seriusly aku lupa pasal tu sampai ternampak post membe dekat fb.. Alhamdulillah.... balik kerja selepas magrib terus ajak dua orang membe rumah Ain dan Syuhada keluar pergi makan.... One the most thing, membe aku ni tak pernah pergi makan lagi so depa ni so excited nak pergi cuba... yahooooo....


Masa first sampai sana ramai orang tengah makan tetapi masih ada meja yang kosong tetapi masa kita orang tengah makan tengok2 dah ramai orang tunggu meja dekat luar cafe untuk makan. Kita orang order 2 dory fried, 1 squid crowns dan 1 citrus sundae. Seriusly semua orang kenyang dan sampai kan  Ain dan Syuhada be like terpaksa nak habiskan... haha... Makanan ni cepat kenyang sebenarnya mybe sebab da  cheese kot so bila makan banyak sangat rasa mcm muak some time... if kosong makan aku recommended korang letak air lemon yang di orang bagi tu baru rasa tu lebih sedap dan tak cepat rasa muak.... Hari ni last promosi so sapa2 nak first try and get lower price with awesome menu just go and check it....














One more thing, masa on the way nak pergi makan tu...tiba2 kak siti text me cakap dia ada dekat kawasan sungai petani... and i so excited to meet she..because it is first date ever, before this pergi rumah kak siti just jumpa mak, ayah dan adik kak siti ja..... Elok ja habis kita orang kak siti text untuk jumpa di Kami The Cafe.. It is one of the cafe ala hipster yang famous dekat Sungai Petani ni yang menghidangkan menu western. 

First Date with Kak Siti
Untuk di sini aku order mushroom sup dan Kak Siti and her friend order chicken and lamb grill but unluckily no picture was taken..huhuhu...... Selepas makan semua, balik rumah sambung text dengan Kak Siti and i think it is the longest time we text and sharing the biggest thing sepanjang aku kenal Kak Siti.. Jauh di sudut hati aku, just pray the best for kak siti and hope this ukhwah akan berkekalan selamanya even ukhwah yang di bina selamanya ini hanyalah berlaku dalam keadaan kebetulan dan in very sad situation....


Love you Kak Siti family and friend.

xoxo





Wednesday 26 April 2017

Hidup & Peluang

Hari  ni aku pergi kerja seperti biasa, jam 7.30 a.m dah keluar rumah tetapi semalam tidur ku tak lena entah kenapa? Dalam perjalanan ke tempat kerja aku terfikir-fikir kenpa tidur ku seakan2 tidak nyenak. Setelah puas aku berfikir aku teringat semalam sebelum tidur hati aku tak tenang dan tidur dalam keadaan berfikir dan tertanya2.... munkin ini sebab kenapa tidur ku tak nyenyak dan menyebablan aku malas dan rasa susah untuk bangun di awal pagi. Sebenarnya, itu hanya mainan emosi dan ujian untuk aku dan aku perlu buang jauh2 supaya aku bangun pagi dengan lebih semangat dan rasa syukur nikmat kurniaanNya.


Hidup ini adalah satu perjalanan,
Setiap hari adalah peluang,
Setiap jam itu kenangan,
Hidup ini hanya pinjaman sementara,
Peluang dan masa sentiasa seiring dan sejalan,
Aku selalu leka dengan masa dan peluang, 
Kadang kala setiap detik aku berlalu dengan kosong,
Aku tercari-cari dimana semangat dan perjuangan aku,


Aku sedar setiap detik itu sangat berharga,
Sering kali aku mengulangi kesilapan yang sama, 
Bila aku jatuh, aku bangun semula tetapi sampai bila peluang ini aku dapat?
Aku tekat ada beberapa perkara aku tak boleh ulangi kesalahan yang sama,
Kerana, 
Kedamaian harus dicari,
Kekuatan harus dipupuk,
Keyakinan harus dipasak dan bajai,
Kerana peluang tak selalu datang.










Wednesday 12 April 2017

DIY : Star Pillow with Felt

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Hari ni cik yani nak share star pillow daripada kain felt yang cik yani buat bulan lepas untuk tempahan customer cik yani khas untuk sahabat baiknya.
Sebenarnya cik yani tak ada full picture proses atau cara nak buat step by step sebab tak ada planning nak update dalam blog tetapi cik yani akan sedaya upaya tulis bagi lengkap step by step... 


Bahan :
1. Kain felt ( cik yani guna felt jenis lembut iaitu arcylic & poly  felt 1mm )
2. polyester fiber 
3. Benang
4. Gam uhu

Cara-cara : 

1. Buat acuan atau bentuk bintang menggunakan kertas (cik yani guna news paper)  dan  tranfer  bentuk star  tersebut ke atas kain arcylic felt
Di atas tu hasil rupa bentuk star yang cik yani dah hasilkan untuk saiz 32 x 30 cm
Untuk  wording dan hiadan emogi cik yani guna kail poly felt sebab poly lebih keras dan senang untuk membuat bentuk dan huruf yang sebih kecil.
Bagi wording dan emogi boleh guna gam uhu untuk tampal atau glue gam tetapi cik yani huna gam uhu. 
2. Hasil setelah siap dijahit dan di isi polyester fiber di dalamnya

Untuk jahitan cik yani akan jahit di sekeliling star terlebih dahuku dan cik yani akan tinggal sedikit ruang  lebih kurang satu jengkal untuk isi fiber, setelah siap di isi cik yani akan jahit semula bagi kawsan tersebut.


Untuk yang ni cik yani letak extra wrap dengan reben untuk customer cik yani  untuk di hadiahkan kepada sahabatnya . 
3. Untuk setiap produk keluaran cik yani akan ada label  #myhandmadedesign , sebenarnya label ni cik yani baru ja mula guna iaitu pada awal tahun hari tu dan label ini juga cik yani buat sendiri guna kaedah DIY jugak...

InsyaAllah next time ada masa cik yani akan cuba share macam mana nak buat label sendiri. 
4. Alhamdulillah dapat feecback positive daripada customer cik yani. 
Ini first pillow star yang cik yani buat tetapi tidak menepati citarasa cik yani sebab terlalu  kecil untuk muatkan wording dan  dia punya kaki star  terlalu panjang dan runcing so cik yani reject dan buat lagi sekali.

Kegagalan pertama adalah langkah kejayaan pada masa akan datang.

 Cik yani happy sangat bila customer cik yani suka pillow start ni untuk pertama kalinya cik yani buat pillow bentuk star. 





Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani

Birthday Post 2017


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tanggal 10.04.2017 genap usia aku yang ke-27.

Doaku semoga Allah memelihara dan melindungi aku dengan rahmat dan kasih sayangNya dan keluarga serta orang disekeliling aku. Amin.

27 tahun hidup dengan penuh kasih sayang, nikmat, suka duka dan kegagalan dan kejayaan dalam mengharungi cabaran dan perjuangan di dunia ini. Semoga Allah masih memberi aku nikmat itu pada aku di masa akan datang dengan limpah kurnianya rezeki dan nikmat iman dan akhlak yang terpuji. Amin.... Syukur kepada mu Ya Allah di atas segala kurnianMu kepada aku.







Terima kasih semua yang mendoakan dan ucapan selamat hari lahir, tahun ni banyak dapat ucapan supaya cepat2 bertemu jodoh.. Amin semoga doa2 kalian termakbul boleh la makan nasi minyak tahun ni.....hehe...




Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani





The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...