Wednesday 17 June 2020

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih hebat daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby.

Kata-kata ini telah menyebabkan aku terkenangkan kembali perjalanan aku untuk menghabiskan pengajian yang aku rasa cukup panjang dari biasa orang lakukan tetapi Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.

Mungkin fizikal waktu tu kecil molek dan tidak berapa tinggi jadi ada juga pernah di tanya oleh mak cik dan pak cik yang terjumpa " adik tak pergi sekolah ka hari ni.. ? " sedangkan waktu itu aku tengah tunggu bas nak balik universiti di usia 25 tahun...hhuhuhu...

Pernah juga di tanya kenapa masih belajar degree lagi orang lain sebaya sudah berkerja dan berkeluarga tetapi itu semua tidak mematahkan semangat kerana aku percaya semua orang ada distinasi untuk dituju tetapi jarak perjalanan munkin berbeza.

Sejak kali pertama aku menjejak kaki untuk buat Sijil dalam Kejuruteraan Awam, aku telah memasang angan2 di mana aku nak sambung pengajian sehingga ke peringkat Master, walaupun waktu itu aku rasa mustahil jugak kadang2 untuk di gapai memandangkan aku bermula dengan Sijil jadi aku perlu melalui perjalanan yang panjang iaitu Diploma, Degree dan akhir baru Master. Nampak macam singkat saja masa tetapi perjalanan masa itu sebenarnya panjang dengan pelbagai dugaan.

Alhamdulillah pada tahun 2016 tamat sudah perjalanan Master jadi dengar pula cakap2 senang ke nak dapat kerja dengan usia dan tiada pengalaman tetapi perancangn Allah itu hebat setelah bersusah payah habis belajar terus di terima bekerja dan masih bekerja dengan 1st company lagi.

Aku hanya ingin menjadi seorang yang menikmati masa yang berlalu dengan sebaik-baiknya, lambat atau cepat semua itu akan datang bila tiba masanya.

Kerja part time dan kerja hakiki, dua2 aku suka, aku sangat suka benda yang berseni, sejak belajar lagi aku suka jual benda2 yang berkaitan art dan sama juga sekrang edit photobook itu juga seni, aku suka dan gembira bila boleh mengembirakan orang lain dengan hasil kerja aku. Kerja hakiki walaupun masa sekolah menengah aku tak suka sangat sains tetapi kerja hakiki aku banyak melibatkan sains dan penilaian.

Perjalanan dengan jatuh dan bangun itu biasa tetapi dengan berkat doa dan pertolongan semua orang semuanya dapat dilalui dengan izinNya. Tampa keluarga, guru2 dan kawan2 siapalah aku sekarang.

Catatan ringkas pertengahan tahun 2020.



LoVe
Cik Yani

Thursday 13 February 2020

Itinerary & kos 4H3M Kota Kinabalu, Kundasang, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah 2 minggu lalu cik yani dan suami telah berkesempatan berkunjung ke negeri di bawah bayu Sabah selama 4h3m jadi cik yani akan share entry sepanjang perjalanan di sana.

Bukan senang nak boleh pergi ke sana bermacam-macam halangan sebelum sampai ke sana..huhuu.. tetapi akhirnya sampai jua salah satu tempat percutian yang cik yani dan suami idam-idamkan selama ini.

Untuk memudahkan perjalanan cerita jadi cik yani sedjakan jadual perjalanan  untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang.




View Point 

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang akan ada beberapa perhention View Point yang boleh kita berhenti dan ambil gambar. Pemandangan nya sangat-sangat cantik dan menakjukkan mata yang memandang jika bernasib baik boleh nampak gunung kinabalu.



Pekan Kundasang

Di pekan kundasang ada satu view point yang di mana kita boleh melihat Gunung Kinabalu secara jelas dan jika ke sini jangan lepaskan peluang untuk melihat Gunung Kinabalu dari arah sini. Ia betul-betul terletak di roundabout kambing dan kobis. Dua-dua roundbout ni ada view yang tersendiri pastikan anda sampai ke sini sebelum jam 7.30 a.m jika ingin melihat view Gunung Kinabalu yang jelas.

View dari Pekan Kundang di Waktu Petang


View dari Pekan Kundasang di waktu pagi


Desa Dairy Farm 

Kalau dah sampai ke Kundasang tidak lengkap kalau tidak singgah ke ladang kambing ala-ala Newzealand imi. Pastikan sampai disini awal pagi untuk merasai suasana yang sangat menakjukkan dan dapat melihat gunung kinabalu. Selain pemandangan jika ke sini mesti mendapatkan ais krim dan juga susu segar keluaran dairy farm yang cik yani rasa susah nak jumpa ada jual di market di luar sana. Serius ais krim dan susu sangat sedap dan ada rasa yang tersendiri yang menyebabkan cik yanai rasa nak pergi lagi ke sana.






Sabah Tea

Apa yang menarik di sabah tea bagi cik yani adalah makanan. jika untuk melihat pemandangan ianya biasa sahaja ladangnya. Pemandangan ladang tea dia Cameron Highland lagi menakjukkan tetapi untuk makanan berbaloi datang ke sini merasai makanan sabah.




Titian Kanopi Poring

Rasa menyesal naik sebab kena jalan jauh dah macam hiking dah untuk sampai ke titian kanopi..huhu... Bila dah sampai titian dia rasa berbaloi dan satu perasaan yang aku dah berjaya sampai jua akhirnya...nasib cik yani pakai kasut yang sesuai masa tu..... Bagi cik yani tak sesuai untuk sesiapa yang bawak anak kecik dan orang tua sebab laluan untuk sampai ke titian dia agak lincin dan berliku-liku. Untuk masuk ke yang tempat mandi air panas boleh datang ke sini jugak, di mana di bahagian bawah sebelum mula mendaki ke titian kanopi terdapat tempat kolam air panas dan kolam biasa untuk beriadah, boleh sediakan baju sekali untuk bermandi manda. Macam cik yani dikenakan 2 kali tiket masuk, 1 tiket untuk masuk kawasan stesen poring dan satu lagi tiket untuk naik titian kanopi.

Laluan untuk samapi ke Titian Kanopi

Pintu Masuk ke Stesen Poring


Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan

Untuk yang nak pergi snorkeling boleh dapatkkan tiket di Jesselton Point Jety. Di sini ada banyak kaunter yang menjual tiket untuk pergi balik Island Hopping. Cik yani dapat harga RM66 untuk dua orang dan 2 pulau perjalanan iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan termasuk sekali peralatan untuk snorkeling di kaunter no 6.

Terdapat 4 jenis pulau yang kita boleh pilih iaitu Pulau Sapi, Manukan, Memutik dan Gaya dan harga bergantung kepada jumlah pulau yang kita pergi. Macam cik yani sebab mang nak pergi snorkeling jadi kakak kaunter cadangkan pergi Pulau Sapi. Kita jugak dikenakan tiket untuk masuk ke taman laut ini RM10 yang ni bayar untuk pulau pertama yang kita singgah sahaja. Cik yani cadangkan pergi ke pulau ini awal pagi semasa kaunter dibuka sebab tak puas rasanya kalau singah sekajap sahaja sebab semua pulau ni sangat cantik dan bersih airnya dan boleh bawak bekal makanan jugak untuk kesana. Harga makanan di gerai dan restoren yang terdapat di sana agak mahal bagi orang biasa.








Tanjung Aru

Terlatak di pekan Kota Kinabalu menjadi tempat tarikan pelancong untuk melihat matahari terbenam termasuk la Cik yani tak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Di sana jugak terdapat gerai makanan yang best dan perlu mencuba makanan sabah.




Kos perjalanan 4H3M

Untuk kos keseluruhan boleh ikot bajet masing-masing tetapi ini adalah kos cik yani habiskan sepanjang percutian kali untuk di kongsi dan di jadikan panduan dan serta rujukan pada masa akan datang...

Flight : RM778/2pax ( harga tiket sebelah pergi cik yani dapat lagi murah dari sebelah balik.huhu..)
Hotel 3 malam : RM276
Kereta Sewa : RM300 (4h3m)
Minyak kereta : RM63 (satu kali isi semasa ambil kerata- kereta bezza jimat minyak berbaloi sewa)
Parking at Kota Kinabalu : RM10
Parking airport Penang : RM90 (4h3m)
Entering fee  : RM137/2pax ( sepanjang 4h3m termasuk kos Island Hopping)
Makan : RM248.3 - cik yani suka makan cuba makan baru yang tak ada di semanjung
Souvenir : RM207.6 - kalau ikot nafsu boleh habis banyak lagi..huhuu

Total kos perjalanan untuk 2 orang pergi dan balik = RM2109.9

Selamat mendarat

Antara tempat jika di beri kesempatan untuk cik yani pergi semula adalah Kundasang dan juga snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan.




Sharing is caring,




LoVe
Cik Yani

Friday 10 January 2020

1D Snorkeling di Pulau Songsong, Yan, Kedah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti minggu pertama untuk tahun 2020 cik yani dan en suami telah membuat keputusan untuk pergi berkelah dan snorkeling gi sebuah pulau yang menjadi salah satu tarikan pelancongan terbaru di negeri Kedah iaitu Pulau Songsong yang terletak di daerah Yan.

Signboard Pulau Songsong antara tempat wajib anda perlu bergambar di sini.

Atas boat sebelum bertolak.


Macam mana nak pergi? 
Hari tu cik yani pergi sewa boat dengan En. Subhi, in case hampa nak pergi boleh contact no ni 011-21953251, yang cik yani pergi ni package per pax sebab pergi dua orang ja RM85/pax termasuk makan 3 kali, life jacket dan juga peralatan snorkeling set. Kalau hampa nak pergi ramai2 lebih baik sewa satu boat terus. Hari tu cik yani ada servey beberapa orang pengusaha boat untuk mendapatkan harga tetapi tak ramai yang buat package untuk pergi per pax kebanyakan kena sewa satu boat yang mana harga bermula dari RM250 dan ke atas bergantung kapasiti penumpang yang boleh muat, kalau hampa nak pergi ramai boleh la terus sewa satu boat lagi jimat.

Makanan tengah hari.

Minum petang.


Kalau nak pergi nak naik boat kat mana?
Semua yang nak pergi ke Pulau Songsong akan naik boat di Pangkalan Jeti Kuala Sungai Udang, Yan. Sebenarnya jeti ni macam tak ada specific tempat yang boat berhenti sebab sepanjang sungai tu ada tempat boat berhenti bergantung kepada tuan empunya boat itu sendiri. Macam cik yani hari tu naik dekat hujung sungai sekali...

Tempat jeti yang cik yani naik boat.

Hujung Jeti Sungai Udang sesuai untuk bergambar bersama awan biru.


Jarak perjalanan?
Jarak perjalanan dari Jeti Sungai Udang ke Pulau Songsong lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada jenis boat yang hampa naik. Macam hari tu masa pergi cik yani dapat naik speed boat jadi masa dia sekejap ja around 15 minit dah sampai. Semasa balik naik boat jenis fiber biasa around 25 minit macam tu dah samapai jeti... Biasanya boat akan berlepas pada waktu pagi jam 9 dan akan pulang semula jam 5 petang. 

Aktiviti apa yang boleh buat di sana?
Antara aktiviti yang boleh hampa buat adalah berkemah, snorkeling, memancing dan juga mencari siput. Mencari siput ni sebenarnya cik yani tak tau pon pada mulanya tetapi ada ternampak seorang dua mak cik dan pak cik ni mencari-cari sesuatu dalam pasir di tepi pantai tu,jadi cik yani pon pergi la sembang-sembang dan tanya apa yang mak cik cari dalam pasir tu.. tetapi yang ni cik yani terlupa nak ambik gambar la pulak...huhu..

Untuk peralatan berkemah hampa boleh sewa dekat tuan empunya boat atau bawak sendiri macam cik yani dan suami bawak sendiri untuk lebihkan penjimatan gituuuu....



Tempat perkemahan.

Tempat perkemahan kita boleh cari sendiri dan pasang di tempat yang mana kita suka.



Sesuai atau tidak nak bawak anak kecil?
Sesuai sahaja sebab masa cik yani pergi hari tu ramai family yang bawak anak-anak kecil duduk main di tepi pantai tu.. Jangan risau, masa naik boat akan disediakan safety jacket untuk semua penumpang. 

Bahagian mana yang sesuai untuk aktiviti snorkeling? 
Pada pendapat cik yani pulau songsong ni macam terdapat dua bahgian? satu bahagian yang lebih  berpantai iaitu terdapat banyak pasir putih dan ke-2 bahagian yang terdapat lebih banyak batu yang berwarna pink. Dua-dua sesuai untuk aktiviti snorkeling tetapi personally cik yani suka snorkeling di pantai yang berbatu pink kerana air lebih jernih, terdapat lebih banyak coral dan juga ikan serta dasar lebih jelas kelihatan apabila snorkeling. Tetapi perlu lebih berhati-hati bahagian ni sedikit berombak dan lebih sesuai snorkeling waktu pagi dan tengah hari sahaja bila petang ja terus ombak yang datang lagi kuat.


Peralatan snorkeling

Aktiviti snorkeling tetapi bahagian kurang jelas nampak hidupan laut disebabkan dasar dia terdapat banyak pasir. 

Aktiviti memancing, kalau hampa rajin boleh pergi ke tenagh lagi untuk memancing
sebab depan-depan ni banyak batu. 
Kemudahan apa yang disediakan di sana?
Kemudahan asas seperti bilik air dan surau di sediakan tetapi 100% menggunakan air laut yang di pam. Tiada air bersih untuk di minum jadi cik yani cadangkan hampa semua bawak air mineral siap-siap ya.

Apa yang diperlukan lagi?
Untuk main air pastikan hampa bawak waterproof casing fon untuk menyenangkan hampa semua untuk bergambar, tak risau boleh bawak masuk dalam air dan bergambar dengan senang hati.. part ni memang cik yani dah ready awai-awai lagi bila nak pergi bercuti ke mana-mana...zaman sekarang bergambar tu salah satu macam aktiviti wajib dah...gituuu..hehe..

Waterproof casing fon, i isi barang-barang penting sebab tak mau bawak handbag sebab tak ada orang nak jaga. 

Boat yang tengah tunggu penumpang untuk kembali ke jeti.
Air yang jernih, ini bahagian yang lebih sesuai untuk snorkeling kerana air lebih bersih dan banyak hidupan laut. 
The another side pulau ni yang semua kawasan di penuh dengan batuan yang berwarna pink.


Bagi cik yani percutian selama satu hari ni sangat enjoy dengan suasana pulau yang mendamaikan dan nyaman...Opppp!!!.. sebelum terlupa jika hampa nak pergi berkelah dan tidur di sana pon boleh, bila hampa nak balik bagi tau ja tuan boat nanti pergi ambik....


Selamat cuti-cuti Malaysia..

Sharing is caring..



LoVe,
Cik Yani

Friday 3 January 2020

Makan-makan Mee Udang Galah Sempoi di Sungai Petani, Kedah.

Assalamualaikuam dan selamat pagi.............

Hari ni rasa macam nak share entry tempat makanan yang menarik dan sedap di Sungai Petani, bagi cik yani agak berbaloi dengan harga dan juga apa yang di hidangkan. Setelah beberapa kali cik yani pergi makan di kedai tersebut dan cik yani rasa perlu share jugak kepada orang lain iaitu Kedai Makan Mee Udang Sempoi yang mana terletak di kawasan selatan Sungai Petani.

Kalau korang nak pergi cuba boleh ja waze nama kedai Mee Udang Semoi Sungai Petani terletak berhampiran dengan Riverfront City.


Moh la layan gambar yang cik yani ambik  ni.. Lagi senang kan boleh buat anda terliur nak makan. Cik yani yang tengah tulis entry pon terus terasa nak pergi lagi entah untuk kali ke berapa tak tau la...huahua..


Detail mengenai Mee Udang Sempoi semua ada kt signboard dah..senang untuk sesiapa yang mau cuba..


Nasi goreng udang, Sepingan RM12

Kueh Tiew udang, Sepingan RM12

Udang goreng bersos, serius cakap sos cicah dia mang terbaik. Sepingan RM10

Mee Kuah  Udang, sepingan RM12 

Kadang2 diorang ada buat special menu jugak untuk hari-hari tertentu



Macam mana? nampak sedap kan?

* *Sekarang diorang juga ada menu makanan wastern, boleh la kalau hampa nak cuba chiken Chop ka.. yang ni cik yani belum cuba lagi..


Sharing is caring..



LoVe,
Cik Yani

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...