Monday 18 September 2017

Backpacker ke Hatyai-Songkla, Thailand

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak share pengalaman dan itinerary percutian aku secara backpacker ke negara jiran bersama 3 lagi sahabat dengan menggunakan pengangkutan awam. 


Duration travel : 2 hari 1 malam
Date : 9 & 10 Sep 2017
Travel partner: 4 Orang

9 Sep 2017 

8.00 a.m Train dari Sungai Petani ke Padang Besar (RM 9.3) sampai Train Station Padang Besar, Malaysia lebih kurang jam 9.15 a.m

1st cadangan nak masuk sempadan nak guna train Padang Besar ke Hatyai tetapi disebabkan tiket habis so tukar ke plan B Ambik kereta ke tempat cop border dan terus ke stesen van Padang Besar,Thailand ( biasanya brother kereta sewa ni akan ada ja sekitar station tu, so korang boleh deal harga dengan diorang). secara kasarnya laluannya begini :-

    Dari train station (Padang Besar Malaysia) -> border immigration Malaysia-> Border immigration Thailand -> Station van Padang Besar, Thailand. 

     Satu kereta boleh naik 4 orang RM 30 ( jatuh seorang RM7.5) ada jugak kerete yang dia hanya drop dekat tempat cop border saja lepas tu kita kena ambik kenderaan lain lak untuk ke stesen van untuk ke Padang Besar tetapi p kami tak mau pening so ambik terus 1 laluan. ( kalau nak naik train Padang Besar ke Hatyai kena beli tiket awal, sebelah pagi train jalan jam 9.50 a.m waktu Malaysia unuk sebelah pagi dan petang 3.30)

      Masuk Cop dekat Border dekat Thailand pihak immigration akan bagi satu Form yang perlu kita isi ( boleh jugak tanya/mintak dekat driver kereta yang kita naik biasanya diorang ada, if tak ada boleh ambik dari pegawai immigration Thai masa tengah beratur) Form tu sila simpan sebab masa nak keluar Thai nanti kena bagi balik ( return)  dan masa check in hotel hari tu diorang ada mintak tengok jugak. 

     Dari stesen van Padang Besar ambik van lak ke Hotel, jarak perjalanan around 45 minit, seorang 50 bath.( biasanya dia kan tunggu bagi penuh van baru bergerak ke destination kita nak pergi) kalau tak mau tunggu boleh ja ambik satu van tu dalam 800 bath. 

Check in Hotel  jam 1 p.m Thailand ( kalau jam Malaysia jam 2 p.m), book hotel di Booking.com. bayar masak pergi check in, kami ambik hotel Hatyai Ambassador Hotel ( 1 bilik 600 bath, queen bed ) 2 bilik 1200 bath, bilik sangat selesa, luas dan bersih. Masa check in hari tu tak kena bayar deposit pon cuma dia ada ambik 1 passport untuk simpanan diorang masa check out baru diorang pulangkan semula.

Petang tu round Hatyai-Songkla ambik package pengangkutan tut-tut 1400 bath untuk perjalanan dri hotel ke Tang Kuan Hill, Samila Beach, Flooting Market dan kembali semula ke Hotel. Harga tut-tut bergantung kepada tempat mana yang kita nak pergi, boleh bincang, biasanya harga antara tut-tut lebih kurang sama ja ( seorang jadi 3500 bath) – Naik Tang Kuan Hill kena bayar 30 bath.

Malam balik rehat sebab masa tu hujan so tak leh nak keluaq jalan2….huhu… + kena hujan masa tengah shoping dekat Flooting Market.

10 Sep 2017
Break First, makan dalam bilik ja sebab semalam dah beli roti siap2 dekat 7 eleven.

Jam 8.30 a.m waktu Thailand keluar hotel pergi Beli tiket di Train Hatyai (beli awal kalau tak tiket habis ) beli masa tu pon still kena berdiri..haha… harga 70 bath.. Mostly, pelancong akan terus pergi beli masa first day sampai Hatnyai untuk mengelakkan dari kena berdiri atau tiket habis...

Selepas beli tiket kami pergi Kimyong Market ( tempat shopping) kt sini ada pasar basar dan kering, di dalam bangunan pulak ada short lot yang jual macam-macam barang. Kat sini aku beli kain batik dan kain pelekat sebagai cendera hati untuk mak dan ayah. Semua barang ada jual dekat sini, baju jeket, kasut, handbag, barang elktronik dan macam2 lagi... (Pandai cakap dapat harga murah tp still kena berhati2 ya.....)
Jam 10 a.m pergi makan di Kai Tod Decha and Seafoad Restoren ( antara kedai makan halal yang femes dekat HatYai dan pernah masuk rancangan jalan2 cari makan Thailand) masa sampai kedai makan around jam 10 a.m so kena tunggu lama skit sebab jam 11 a.m baru mula beroperasi ( ayam goreng dan tomyam dia sedap sangat)...

Package Tut-tut dari Hotel- Train Station-Kimyong Market- Tempat Makan- Hotel-Train Station harga 80 bath seorang ( kami ambik orang dekat orang yang sama masa pergi jalan2 first day)

Okay! masa untuk back to normal day...bye2 hatnyai...see you soon.... 

Bertolak balik ke Malaysia... Kami, naik train jam 1 p.m jam Thailand, jarak perjalan untuk sampai sempadan Malaysia almost 1 ja, berdiri la aku selama  jam tetapi  di sebabkan berdiri ramai2 so tak ada la terasa sangat… tunggu q dekat border lak 1 jam…haha…ramai orang kan + tunggu pihak immigration buka pintu cop border, (naik train terus lagi senang sebab 1 way tak perlu stop banyak tempt dan yang paling penting  lagi jimat….) .

Naik train balik rumah ke Sungai Petani jam 4.45 p.m dari Padang Besar Station.

 
Peringatan masa dekat Border Immigration Thailand, so kita orang as pejalan kaki (menggunakan pengangkutan awam) tak ada bayaran yang kena. untuk yang naik kenderaan sendiri kena bayar ya...
 
Station Van Padang Besar, Thailand.
Van yang kami naik


Tiket van
 
Haadyai Ambassador Hotel












     
Sim Kad most recomended untuk pelancong, beli sim kad 100 bath di kedai telefon, untuk topup nak beli data beli dekat 7 elevent.


Kalau di Malaysia kita bayar base on nilai data yang kita guna tetapi untuk di sana kita bayar base on kelajuan data yang digunakan contoh ambik 29 bath + gst jadi 31 bath perday dengan kelajuan 4Mbps



Tut-Tut Hatyai.
  
Dekat sini boleh tengok view seluruh Songkla dan Hatyai, cantik wei...


Harga tiket 30 bath










View dari atas Tang Kuan Hill
 
Coconut Ais Krim..sedap sangat, masa ni beli masa turun dari Tang Kuan Hill 35 bath
    
Samila Beach


Samila Beach, kat sini la yang ada Mermaid patung tu tetapi disebabkan ramai sangat orang so aku tak tangkap gambar dengan mermaid


Cantik bangat pantai dia...Ramai orang berkelah dekat sini.








Flooting Market- ada jugak short lot yang juaal selain makanan.



Kat sini aku beli jeli kelapa ja dengan harga 35 bath
Ada performant jugak..


Kimyong Market, ada pasar basar dan juga short lot kedai dalam bangunan.



Tempat Shoping macam-macam ada...rabak poket kt sini..


Kimyong Market

 
View perjalaan masa pergi Songkla


 
Antara kedai makan Halal yang famous dekat Hatyai...most recomended



Halal ayam goreng yang sedap, boleh la pada untuk tapau bawak balik.. ( terletak depan kedai Kai Tod Decha)


Makanan yang kami order untuk 4 orang.. Tomyam and Ayam goreng dia sdap sanga tetapi tomyam dia sedikit masam dan pedas.

 
Hatyai Train





Kat sini jugak ada Hotel


Harga tiket 70 Bath, sapa lambat beli kena berdiri


Keadaan kawasan train station


Kami naik train platform no 4, ada 2 gerabak ja..huhu.... Train bergerak tepat pada waktunya okay!


Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik, korang boleh google  sendiri ya….hehe… hari tu dengan masa yang ada kami hanya sempat pergi 4  tempat ja and it most famous place to visit and recommended. 


Bajet adalah untuk basic kegunaan sahaja ya… tak termasuk shoping and makan2..
Bajet ikot korang la ya nak tukar berapa..haha…. kalau rasa nak  shoping  banyak and makan mewah tukar ya banyak sikit.. ( kat sana kan banyak makanan sedap……)

Masa pergi hari tu tukar RM300.6 dapat 2300 bath ( fully guna untuk semua basic di atas dan jugak makan2  dan shopping 3 barang dengan harga 600 bath ).


Terima Kasih kerana gigih membaca entry ini.....



Love,
Cik Yani

14 comments:

  1. As salam cik yani...tumpg tny ye..perlu ke bli sim thai tu?utk kol ke or utk carian google?pernah dgq da yg ckp dia comunicte dlm thai jgk...so brmsalah x utk kita
    Stu lg naik tuk2 tu ckp bhasa apa..melayu ke...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...masa beli hari tu bgi owner kedai tu buat siap2 untuk guna....better beli sebb senang nak call tup2 or apa2 beli kita keluar jalan2... untuk tup2 ada yang boleh comunicate in malay and BI.. ada yang tak boleh.. mostly basic term sperti tempat dan harga diorang tau cakap...tq

      Delete
  2. as salam klu bjet 400-500 untuk 5 mlm lepas x ? bkn jenis kaki shoping. makanan just nk cuba yg wajib punye mknan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..Depent on currency waktu tukar jugak..if just jalan2 and tempat tidur tak mewah dan tak makan makanan mahal2..saya rasa cukup.... tetapi kena check jugak tempat yang kita pergi kena fee tak dan hotel kita duduk kena deposit tak...
      tq..harap membantu

      Delete
  3. assalam.. nk tny, van tu mmg dh standy atau kne book?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... Shuttle van mang ad kt kawasan tu...tak perlu booking..

      Delete
  4. assalamualaikum..apa review hotel? puas hati tak?

    ReplyDelete
  5. wsalam..sangat puas hati, friendly, clean and easy to comunicate..dan bilik besar dan selesa.. recomended untuk stay kt sana.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis , nak tanya kalau beli tiket train Sp- Pdg besar tu perlu bookinh awal sebelum pi @ pergi stesen baru beli kat kaunter ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Sis, info sgt berguna, tq for sharing��, Sis sy nk tnya, sy plan nak naik train dari KL Sentral then smpai Pdg Besar dlm 5.15pg, dari train station tu boleh jln kaki je ke pegi Imigresen Thai? Ke kena
    amik van siap2 then lepas border boleh ke Hatyai trus?

    ReplyDelete
  8. Salam cik yani..terima kasih banyak, info yang sangat berguna
    Saya ade soalan..berapa jarak stesen mini van hatyai dari immigresen malayasia..orang kata jauh jugak jarak untuk jalan kaki..saya pena terbaca blog taxi sehingga rm25 nak ke stesen mini van tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanay juga soalan yg sama..bila say google tak jumpa exactly location.. nak jalan kaki tak sure ke mana nak tuju

      Delete
    2. ya agak jauh jugak..kita orang hari tu kena charge rm30 utk sebjik kereta utk perjalanan dari Padang Besar Malaysia ke Stesen van Padang Besar Thailand..

      Delete
  9. Susah nak faham, but at least have some info. Thnx

    ReplyDelete

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...