Thursday 13 February 2020

Itinerary & kos 4H3M Kota Kinabalu, Kundasang, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah 2 minggu lalu cik yani dan suami telah berkesempatan berkunjung ke negeri di bawah bayu Sabah selama 4h3m jadi cik yani akan share entry sepanjang perjalanan di sana.

Bukan senang nak boleh pergi ke sana bermacam-macam halangan sebelum sampai ke sana..huhuu.. tetapi akhirnya sampai jua salah satu tempat percutian yang cik yani dan suami idam-idamkan selama ini.

Untuk memudahkan perjalanan cerita jadi cik yani sedjakan jadual perjalanan  untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang.




View Point 

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang akan ada beberapa perhention View Point yang boleh kita berhenti dan ambil gambar. Pemandangan nya sangat-sangat cantik dan menakjukkan mata yang memandang jika bernasib baik boleh nampak gunung kinabalu.



Pekan Kundasang

Di pekan kundasang ada satu view point yang di mana kita boleh melihat Gunung Kinabalu secara jelas dan jika ke sini jangan lepaskan peluang untuk melihat Gunung Kinabalu dari arah sini. Ia betul-betul terletak di roundabout kambing dan kobis. Dua-dua roundbout ni ada view yang tersendiri pastikan anda sampai ke sini sebelum jam 7.30 a.m jika ingin melihat view Gunung Kinabalu yang jelas.

View dari Pekan Kundang di Waktu Petang


View dari Pekan Kundasang di waktu pagi


Desa Dairy Farm 

Kalau dah sampai ke Kundasang tidak lengkap kalau tidak singgah ke ladang kambing ala-ala Newzealand imi. Pastikan sampai disini awal pagi untuk merasai suasana yang sangat menakjukkan dan dapat melihat gunung kinabalu. Selain pemandangan jika ke sini mesti mendapatkan ais krim dan juga susu segar keluaran dairy farm yang cik yani rasa susah nak jumpa ada jual di market di luar sana. Serius ais krim dan susu sangat sedap dan ada rasa yang tersendiri yang menyebabkan cik yanai rasa nak pergi lagi ke sana.






Sabah Tea

Apa yang menarik di sabah tea bagi cik yani adalah makanan. jika untuk melihat pemandangan ianya biasa sahaja ladangnya. Pemandangan ladang tea dia Cameron Highland lagi menakjukkan tetapi untuk makanan berbaloi datang ke sini merasai makanan sabah.




Titian Kanopi Poring

Rasa menyesal naik sebab kena jalan jauh dah macam hiking dah untuk sampai ke titian kanopi..huhu... Bila dah sampai titian dia rasa berbaloi dan satu perasaan yang aku dah berjaya sampai jua akhirnya...nasib cik yani pakai kasut yang sesuai masa tu..... Bagi cik yani tak sesuai untuk sesiapa yang bawak anak kecik dan orang tua sebab laluan untuk sampai ke titian dia agak lincin dan berliku-liku. Untuk masuk ke yang tempat mandi air panas boleh datang ke sini jugak, di mana di bahagian bawah sebelum mula mendaki ke titian kanopi terdapat tempat kolam air panas dan kolam biasa untuk beriadah, boleh sediakan baju sekali untuk bermandi manda. Macam cik yani dikenakan 2 kali tiket masuk, 1 tiket untuk masuk kawasan stesen poring dan satu lagi tiket untuk naik titian kanopi.

Laluan untuk samapi ke Titian Kanopi

Pintu Masuk ke Stesen Poring


Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan

Untuk yang nak pergi snorkeling boleh dapatkkan tiket di Jesselton Point Jety. Di sini ada banyak kaunter yang menjual tiket untuk pergi balik Island Hopping. Cik yani dapat harga RM66 untuk dua orang dan 2 pulau perjalanan iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan termasuk sekali peralatan untuk snorkeling di kaunter no 6.

Terdapat 4 jenis pulau yang kita boleh pilih iaitu Pulau Sapi, Manukan, Memutik dan Gaya dan harga bergantung kepada jumlah pulau yang kita pergi. Macam cik yani sebab mang nak pergi snorkeling jadi kakak kaunter cadangkan pergi Pulau Sapi. Kita jugak dikenakan tiket untuk masuk ke taman laut ini RM10 yang ni bayar untuk pulau pertama yang kita singgah sahaja. Cik yani cadangkan pergi ke pulau ini awal pagi semasa kaunter dibuka sebab tak puas rasanya kalau singah sekajap sahaja sebab semua pulau ni sangat cantik dan bersih airnya dan boleh bawak bekal makanan jugak untuk kesana. Harga makanan di gerai dan restoren yang terdapat di sana agak mahal bagi orang biasa.








Tanjung Aru

Terlatak di pekan Kota Kinabalu menjadi tempat tarikan pelancong untuk melihat matahari terbenam termasuk la Cik yani tak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Di sana jugak terdapat gerai makanan yang best dan perlu mencuba makanan sabah.




Kos perjalanan 4H3M

Untuk kos keseluruhan boleh ikot bajet masing-masing tetapi ini adalah kos cik yani habiskan sepanjang percutian kali untuk di kongsi dan di jadikan panduan dan serta rujukan pada masa akan datang...

Flight : RM778/2pax ( harga tiket sebelah pergi cik yani dapat lagi murah dari sebelah balik.huhu..)
Hotel 3 malam : RM276
Kereta Sewa : RM300 (4h3m)
Minyak kereta : RM63 (satu kali isi semasa ambil kerata- kereta bezza jimat minyak berbaloi sewa)
Parking at Kota Kinabalu : RM10
Parking airport Penang : RM90 (4h3m)
Entering fee  : RM137/2pax ( sepanjang 4h3m termasuk kos Island Hopping)
Makan : RM248.3 - cik yani suka makan cuba makan baru yang tak ada di semanjung
Souvenir : RM207.6 - kalau ikot nafsu boleh habis banyak lagi..huhuu

Total kos perjalanan untuk 2 orang pergi dan balik = RM2109.9

Selamat mendarat

Antara tempat jika di beri kesempatan untuk cik yani pergi semula adalah Kundasang dan juga snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan.




Sharing is caring,




LoVe
Cik Yani

No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...