Wednesday 27 June 2018

Selamat Hari Raya | 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Ya....bestnya pulang berhari raya di kampung halaman kan? pejam celik, pejam celik hari ni dah 13 syawal...cepatnya masa berlalukan? 

Cik yani pon dah kembali bekerja seperti biasa.. Rasanya belum terlambat cik yani nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat islam yang menyambutnya. 

Tahun ni kali pertama cik yani beraya rumah sebagai isteri dan kali pertama beraya di rumah mertua, banyak yang cik yani belajar dari suasana baru dan tempat baru..walaupun jarak rumah cik yani dan rumah mertua masih dalam satu daerah yang sama...hehehe..... still satu pengalaman dan perkara baru yang perlu di pelajari.

Korang cuti lama tak raya tahun ni? cik yani cuti sampai raya ke3 saja..raya ke4 dah masuk office bekerja seperti biasa.... Masuk office pasang lagu raya...wowww....feelingnya orang yang merasai sahaja yang tahu kan...huhu....

Persiapan raya kali ni cik yani buat ala kadar sahaja..baju pon tak sedondon disebabkan buat persiapan saat2 akhir..hahaha... Cadang nak buat kuih raya tahun ni tetapi 2 kali cik yani buat tapi tak menjadi terus cik yani stop...huhuhu... Jadi tahun ni hanya buat popia cheese dan kacang sahaja yang lain beli..... InsyaAllah untuk raya haji cik yani kena mula buat kuih awal dan buat tampa berputus asa....cayokkkk.....( harap2 impian cik yani tercapai)....

Bila usia semakin meningkat ni perasaan nak raya ni rasa lain macam sikit, korang rasa macam tu tak?... ke cik yani seorang ja rasa macam tu...huahua..... apa-apa pon setiap kali raya lah salah satu peluang kita untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sanak saudara dengan cara saling ziarah mengziarahi...Raya kali ni mang cik yani banyak berjalan rumah kaun keluarga sampai nak #ootd pon tak sempat..banyak sangat makanan yang diorang hidangkan....


.Alhamdulillah 









Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari Cik Yani dan Keluarga





LoVe,
Cik Yani


The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...