Friday 26 September 2014

Semangat dan Azam baru

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua..

yang baik dijadikan semangat, yang gagal jadikan kita lebih berusaha, yang manis jadikan kenangan untuk dikenang, yang pahit jadikan panduan untuk memajukan diri...


Hebatnya manusia diberi dengan akal fikiran yang membolehkan kita berfikir, oleh itu gunalah dengan sebaik mungkin. Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya, teruskan melangkah jangan sesekali berhenti dari berusaha mencapai segala impian kita.


Ingatan untuk diri sendiri....moga aku terus instikomah untuk memegang kata-kata tersebut.


15.9.2014 bermulalah aku sebagai pelajar tahun akhir di USM yang mengcipta kenangan suka dan duka, jatuh dan bangun aku disini.


Alhamdulillah, sudah tiga minggu aku berjaya lalui hari-hari disini dengan semangat yang lebih positive dan berkeyakinan....

Moga kekuatan dan semangat yang diberi ini akan terus bertcamcbah dencgan izin Allah yang Maha Memberi dan lagi Maha Mengetahui.

Don't forget say Alhamdulillah...










Wednesday 3 September 2014

Mood Study

Assalamualaikum...

Tinggal lagi seminggu ja lagi aku akan berada di alam praktikal ni dengan kata lain lagi seminggu akan tamat masuk belaja di dalam kelas semula.

mood study sudah datang tenggelam timbul..

harap-harap mood study ni akan terus bertambah-tambah bila aku dah start masuk study nanti...

sebenarnya alam praktikal inipon study jugak tapi cara saja yang berbeza..kalau da masuk kelas ni lebih kepada mengadap buku-buku secara teori berbanding alam intership ni more to praktikal dan teknikal hasil daripada pembelajaran dalam kelas sebelum ini..

one week to go....

hope fully mood study dengan buku-buku yang tebal-tebal tu akan terus bercambah dengan banyaknya sebabnya impian aku nak sambung belaja lagi... Moga Allah permudahkan urusan ku..Amin.


go...go ... for the future...




Thursday 28 August 2014

Subgrade Stabilization (Penstabilan Subgred )



Subgrade consists of either natural or imported soil to form an embankment . Stabilization is used when the soil used as a subgrade and improved using traditional methods with cannot support a certain loading or has weak physical properties.


Soil Stabilisation

Soil stablisation is the permanent physical and chemical alteration of soils to enhance their physical properties . It can increase the shear strength of soil and control the shrink-swell properties of soil, thus improving the load-earing capacity of a subgrade to support pavements and foundations.

Chemical stabilization have 5 types :
1.     Cement
2.     Lime
3.     Fly Ash
4.     Bitumen
5.     Ionic


Stabilisation with cement

Cement can be used either to modify and improve the quality of soil or to transform it into a cemented mass with increased strength and durability. The amount of cement used depends on whether the soil is to be modified or stabilized.

Stabilisation with lime

In general, all time treated grained soils exhibit decreased plasticity, improved workability and reduced volume characteristics.

Stabilization with Fly Ash ( Abu Arang Batu)

Fly Ash is a by-product of the pulverized coal comdustion process usually associated with electric power generation plants. It  is pozzolanic na nature and can react with hydrated lime to produce cementitious products. For that reason, lime-dly ash mixtures can be to stabilize subgradeand subbase.

Stabilization with bitumen

The mechanism involvedin the stabilization of soil with a bituminous material (usually hot bitumtn, cutback bitumen or anionic bitumen amulsion)


Stabilization with Ionic

This is a method to stabilize soils using migration induced by applied electric fields. It can be increase soil shear strength an d reduce water content. 

History of the Public Works Department (PWD)


The straits Settlement PWD or Jabatan Kerja Raya (JKR) was first established in 1872 after political changes created the need for a department which specialized in undertaking infrastructural development in the Straits Settlements and Malay States.

PWD was the main agency responsible for implementation projects and infrastructure such as the construction of dams, transportation of clean water to towns, as well as its main role of building and bridges .

Most of the federal roads in Peninsular Malaysia were built before 1957, during the British colonial era. At the time, the British government built roads in order to easily transport good and commodities.

In Sabah, most federal roads were built during the occupation of British North Borneo. On the other hand, no road network systems were developed in Sarawak during the rule of White Rajah Brooke ( Rajah Putih Brooke ).


Resource : Road in Malaysia 2011, Ministry of Work Malaysia


Internship Moment

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Masa berlalu dengan pantasnya, sudah 10 minggu aku menjalani latihan industri di JKR Kulim, hanya lagi dua minggu akan tamat. 


Sedihnya rasa hati akan meninggalkan kawan-kawan yang baru dikenali disini. I will miss all moment in this place. 


Banyak perkara yang aku dapat belajar disini sama ada berkaitan dengan bidang yang saya ambil atau mahupun kehidupan seharian. Perkara yang penting saya dapat belajar disini adalah berkaitan dengan kehidupan 

Kehidupan itu luas maksudnya antara perkara atau moment yang membantu memberi nilai tambah kepada diri saya sendiri  ialah bagaimana aku melatih diri untuk menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita seharian. 

Harapan aku moga kehidupan selama 12 minggu di bumi Kulim akan membentuk saya menjadi seorang yang insan yang lebih bermatlamat dan berwawasan.


Thank are lot to my supervisor, staff and my praktikal members always give me nice moment and help me to solve the problem. 


Last but not list i will miss all of you... :) 

Wednesday 27 August 2014

Positifkan Diri itu Hebat

Assalamualaikum ....

dah lama rasanya tak update blog ni...
jadi hari ini saya ingin kongsi sedikit cerita hasil daripada bacaan yang saya jumpa...


Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya
Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.
"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.
"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Strive To Be Better  Person.
Wish me luck and all of you. 

Sunday 3 August 2014

KELEMBAPAN (MOISTURE)

Kelembapan biasanya berlaku pada tembok, lantai dan siling pada bangunan. sifat ini mengakibatkan permukaan pada tembok dan siling itu berompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembap. Keadaan ini akan menyebabakan suasana di dalam bangunan tersebut kurang sihat. 

Tedapat dua faktor yang biasanya menyebabkan kelembapan berlaku di dalam bangunan.

1. Kesilapan cara pembinaan dan kecacatan bahan-bahan yang digunakan.
2. Keadaan geografi dan iklim cuaca tempatan. 


Kesan Kelembapan

Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah  terhadap sesebuah bangunan dan juga penghuninya. Antara kesan yang sering berlaku adalah :

1. Bahagian besi akan berkarat.
2. Lepa pada tembok dan siling akan berperoi atau tanggal.
3. bahagian buatan kayu akan reput.
4. Cat akan menggelupas dantanggal
5. Pemasangan elektrik akan menjadi rosak.

Sunday 20 July 2014

JENIS PENGGELEK (STEAMROLL ) PAVEMEN

Terdapat dua jenis penggelek pavemen yang biasa digunakan iaitu Penggelek roda keluli dan Penggelek tayar pneumatik.

1. Penggelek roda keluli.
- Terdapat dua jenis penggelek roda keluli iaitu tandem dua gandar dan jenis tiga roda. Berat penggelek seharusnya di antara 8 ke 10 tan dan roda pemacu hendaklah beban tidak kurang dari 3.5 tan bagi setiao meter lebar roda seperti yang dinyatakan 4.3.3.4 9e0JKR/SPJ. Permukaan roda penggelek perlu sentiasa diperiksa sekiranya terdapat sebarang kecacatan. 


2. Penggelek tayar pneumatik.
-Berat penggelek tayar pnematik hendaklah tidak kurang dari 15 tan sebagaimana yang dinyatakandalam Klausa 4.3.3.5 (i)JKR/SPJ. Semua tayar hendaklah berada dalam tekanan yang sama dan tidakkurang dari 0.7 MPa. 


NOTA : Kelajuan penggelek roda keluli hendaklah tidak melebihi 5 KM/J  dan bagi penggelek tayarrrrrrr pneumatik adalah 8 km/j. Pusingan tajam dan permukaan gelekan secara mendadak hendaklah dielakkan.Penggelek atau sebarang kenderaan berat tidak sepatutnya dibenarkan berjenti di atas permukaan yang baru diturap sebelum pamadapan siap dilaksanakan dan bahan turapan telah sejuk sepenuhnya selepas diturap.

BITUMEN

.....belajar adalah proses berturusan waalaupun dimana kita berada........
oleh itu hari saya akan berkongsi sedikit maklumat hasil pembacaan saya beberapa hari yang lepas semasa berada di pejabat..

APA ITU BITUMEN

Bitumen ialah bahan likat berwarna hitam keperangan atau hitam yang terhasil secara semulajadi atau deperolehi dari penyulingan berperingkat minyak mentah. bitumen akan berada separuh pepejal pada suhu bilik tetapi akan cair apabila dipanaskan. ia boleh didapati secara komersial dalam perbagai ged piawai. sejak sekian lama, gred bitumen ditetapkan berdasarkan nilai penusukan, terdapat lima gred piawai : 40-50, 60-70, 80-100, 120-150 dan 200-300. Malaysia menggunakan gred 60-70 dan 80-100.

Dalam menghasilkan alsphalt, bitumen dan agregat akan dipanaskan dalam suhu yang tinggi untuk mencairkan bitumen dan mengeringkan agregat sebelum bercampur bersama. bagi proses tertentu, adalah tidak wajar untuk memanaskan bitumen dan/atau agregat, sebagai contoh bagi surface dreesing dan kerja priming. Oleh itu, cutback bitumen dan bitumen emulsi digunakan.

Cutback Bitumen dihasilkan dengan mencampurkan bitumen dengan komponen minyak yang lebih cair. ia boleh digunakan pada suhu persekitaran atau dipanaskan pada suhu yang lebih rendah berbanding suhu pemanasan bitumen. ia akan mula mengeras dengan pengewapan komponen minyak yang lebih cair itu. Kadar mengerasan adalah bergantung kepada kadar pengewapan minyak tersebut. Apabila pengerasan cepat diperlukan seperti surface dressing, minyak cair seperti minyak tanah digunakan. Apabila pengerasan lambat diperlukan , seperti    bagi bahan tampalan pothole dan penstabil tanah, minyak yang kurang meruap seperti diesel digunakan. Cutback bitumen ynag boleh digunakan dalam keadaan sejuk mengandungi 30% minyak cair sementara Cutback bitumen yang perlu dipanaskan mengandungi  kurang minyak cair. Cutback boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan gred. jenis cutback merujuk pada kadar kelajuan pengewapan sementara gred cutback bitumen merujuk pada kelikatan minimum kinematic viscosity dalam centistoke pada suhu 60 darjah celcius. Cutback bitumen mesti  memenuhi kriteris MS159. Klausa 4.3.1.2 JKR/spj/2008 - S4 menetapkan bahan primecoat mestidari cutback bitumen gred MC-70.



BITUMEN



Bitumen emulsi ialah campuran titisan halus bitumen bersaiz purata2 mikron di dalam air. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bitumen(55-65%) dengan air dan bahan emulsi dalam pengisar koloid. Ia membolehkan penggunaan bitumen pada suhu persekitaran  tanpa perlu dipanaskan. Air akan terus meruap sejurus selepas emulsi terdedah kepada udara. Ia berwarna cokelatkekeruhan dan bertukat menjadihitam berkilat apabila semua air telah meruap. Ia terbahagi kepada empat kelas iaitu anionik, kationik, non-ionik dan clay stabilitied. Kelas anionik dankationik adalah paling banyak digunakan.

Bitumen Emulsi mestilah memenuhi kreteria MS 161. Anionik bitumen tidak dimasukkan dalam MS 161 kerana emulsi jenis ini tidak digunakan dalam pembinaan jalan. Kationik emulsi boleh digunakan dengan lebih bnayakjenis agregat berbanding anionik emulsi.

Sunday 13 July 2014

PILLOW FELT PERTAMA AKU


Ini lah hasil PILLOW felt pertama yang aku buat. Macam mana boleh timbul idea akun untuk buat pillow ni?? Dekat USM ada satu bangunan kedai tu nama UPTOWN MALL.. dekat kawasan tu ada sebijik kedai  craft yang jual bantal ni selalu jugak kalau aku g dekat saana aku akan tengok-tengok..cantik-cantik pillow yang dia buat ada macam-macam bentuk…suka aku tengok, kreatif betul kak tu.tak jemu mata memandang.

Dipendekkan cerita pada suatu hari tu, masa tangah bercerita dengan roommate aku dia tanya aku nak bagi apa dekat wedding sepupu dia, pastu aku tunjuk la bantal tu…  selapasdia tngok pillow tu dia tanya aku awak tak nak buat ka macam ni..kan awakbok buat keychain tu boleh.. aku pon terfikir nak buat ke tak? Kemudian roommate aku tanya awak buat la macam ni dekat saya nak bagi hadiah dekat sepupu saya.


Dengan penuh semangat petang tu jugak saya pergi beli barang-barang untuk buat pillow tu, bila dah beli semua ada maslah pulak benang bulu kambing dengan jarum tak ada, selepas itu mintak tolong membe aku belikan benang bulu kambing dekat luar, jarum plak aku guna jarum biasa yang dok jait baju tu. Waktu tu mang sukar rasanya nak buat guna jarum yang kecik tu untuk benang yang besar, sampai patah jarum tu. 

Selepas berhempas pulas selama beberapa jam akhirnya inilah hasilnya. walaupun hasilnya tak seberapa akau tetap gembira untuk kali pertama mencubanya. azam aku lepas ni nak trai lagi buat, ini semua membuatkan minat bercraft aku semakain bertambah bila mendapat semangat dari kawan-kawan yang suka tengok kerja yang aku buat. terima kasih kepada roomate aku Yana yang selalu bagi komen dan kawan aku yang lain Sumalin, Jojo, Yong, fatin, Michell, Syuhada dan Farah. Semua komen dan pendapat korang buat aku bertambah semangat dan membuat craf aku semakin berseni. 

Aktiviti memotong felt dan menjahit.

Memotong huruf dengan menggunakan gunting.

 Aktiviti mencuba menbentuk bunga dan huruf 

Hasil yang terakhir setelah beberapa jam bertungkus lumus menyiapkannya. 


- SMILE ALWAYS TO BE HAPPINESS -

Thursday 10 July 2014

KEYCHAIN NAMA DAN AKU



Keychain nama ni adalah craft yang pertama aku cuba buat menggunakan FELT. Macam mana aku boleh terjebak untuk buat keychain ni??... aku bakan la seorng yang kaki google pada mulanya…jadi mcm na idea nak buat keychain nama ni adalah disaat aku cuti semester pada bulan dua yang lalu… dok rumah saja boring xtau nak buat apa selain aktiviti rutin harian aku, megemas dan memasak, mcm suri rumah gitukan.. dari situ la idea pertamaku muncul nak buat keychain… macam mana boleh ada nama plak ialah  waktu aku buat tu aku terbayang muka adik aku yang selalu dok mintak dekat aku macam-macam. Jadi keychain pertama yang akubuat aku letak ama adik aku AIDA. Pastu bila dah siap aku pon tunjuk dekat adik aku dan family aku yang lain, semua tanya macam manaaku buat keychain tu. Dengan muka gembiranya aku pon terang la dekat family aku mcm na boleh dapat idea nak buat keychain dengan FELT ni.

 

Macam mana aku dapat barang semua tu nak buat pulak aku ambik stok barang lama aku yang tahun lepas punya. Sebelum ni aku ada buat kerongsang guna kain cotton..idea boleh buat kerongsang pon muncul time aku terfikir ruginya masa dok tak ada keja. Feltdan fiber  plak aku beli tahun lepas juga itu pon masa jalan-jalan dengan membe dekat Gurney penang masuk DAISO, masa tu la aku jumpa felt, sebelum ni aku tak kenal pon felt tu apa, walau pon masa tu dag famous kot… ketinggalanya aku kan… lepas dah beli felt tu balik letak rumah ja sebab tak xtau nak buat apa masa tu, masa tu beli sebab berkenan dan tertarik dengan cerita kawan aku apa kegunaan felt dan boleh buat apa..panjang lebar kawan aku terang kan dekat aku masa nak beli tu. 

 

 Bila dah syok buat, terfikir plak mcm na nak kembangkan minat bercraf aku ni tak kan nak buat banyak buat koleksi kot. Dari situ aku trai la bagi dekat sepupu aku yang tengah belajar tu ke sekolah dia, kalau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah. Alhamdulillah……first time cuba ada  orang yang sudi tempah..dari tempahan yang pertama tu la aku semakin mahir dalam menjahit dan lebih Nampak kemas setiap jahitan tu. Pada mula aku dok potong-potong felt ayah dan mak aku semua tanya nak buat apa banyak..sekarang ni mak dan ayah aku dah faham dan berigalakkan untuk aku berkraf asalkan aku tak abaikan pelajaran aku saja. 

 

Ni la antara koleksi keychain nama yang telah dibuat untuk tempahan.




Sunday 8 June 2014

Hoby Baru

salam semua.......sekarng nie minggu study week......10.6.2014 dah start exam dah..... sekrng nie aku dah ada hobby baru buat handmade dari felt....this sem baru aku start buat sebarnya...itu pon sebab terdetik nak bagi hadiah dekar orang...pastu timbul plak idea nak buat jualan.... sebab utama adalah aku tak nak hidup aku ni tak ada aktiviti.... so bila dah start buat nie baru rasa masa aku tak ada la terbuang sangat..dari situ aku mula la pkenalkan dekat kawan2 aku.... alhamdulillah ada juga temphan dari kawan2..... cadang cuti semester ni nak fokus bnyak pada my handmade ni sebabnya boleh isi masa..disamping dapat cari pendapat untuk masuk belaja next sem........ setakat ni saja coretan hari nie...next time ada msa aku upload gambar handmade yang aku dah buat...bye2....

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...