Sunday 20 July 2014

JENIS PENGGELEK (STEAMROLL ) PAVEMEN

Terdapat dua jenis penggelek pavemen yang biasa digunakan iaitu Penggelek roda keluli dan Penggelek tayar pneumatik.

1. Penggelek roda keluli.
- Terdapat dua jenis penggelek roda keluli iaitu tandem dua gandar dan jenis tiga roda. Berat penggelek seharusnya di antara 8 ke 10 tan dan roda pemacu hendaklah beban tidak kurang dari 3.5 tan bagi setiao meter lebar roda seperti yang dinyatakan 4.3.3.4 9e0JKR/SPJ. Permukaan roda penggelek perlu sentiasa diperiksa sekiranya terdapat sebarang kecacatan. 


2. Penggelek tayar pneumatik.
-Berat penggelek tayar pnematik hendaklah tidak kurang dari 15 tan sebagaimana yang dinyatakandalam Klausa 4.3.3.5 (i)JKR/SPJ. Semua tayar hendaklah berada dalam tekanan yang sama dan tidakkurang dari 0.7 MPa. 


NOTA : Kelajuan penggelek roda keluli hendaklah tidak melebihi 5 KM/J  dan bagi penggelek tayarrrrrrr pneumatik adalah 8 km/j. Pusingan tajam dan permukaan gelekan secara mendadak hendaklah dielakkan.Penggelek atau sebarang kenderaan berat tidak sepatutnya dibenarkan berjenti di atas permukaan yang baru diturap sebelum pamadapan siap dilaksanakan dan bahan turapan telah sejuk sepenuhnya selepas diturap.

BITUMEN

.....belajar adalah proses berturusan waalaupun dimana kita berada........
oleh itu hari saya akan berkongsi sedikit maklumat hasil pembacaan saya beberapa hari yang lepas semasa berada di pejabat..

APA ITU BITUMEN

Bitumen ialah bahan likat berwarna hitam keperangan atau hitam yang terhasil secara semulajadi atau deperolehi dari penyulingan berperingkat minyak mentah. bitumen akan berada separuh pepejal pada suhu bilik tetapi akan cair apabila dipanaskan. ia boleh didapati secara komersial dalam perbagai ged piawai. sejak sekian lama, gred bitumen ditetapkan berdasarkan nilai penusukan, terdapat lima gred piawai : 40-50, 60-70, 80-100, 120-150 dan 200-300. Malaysia menggunakan gred 60-70 dan 80-100.

Dalam menghasilkan alsphalt, bitumen dan agregat akan dipanaskan dalam suhu yang tinggi untuk mencairkan bitumen dan mengeringkan agregat sebelum bercampur bersama. bagi proses tertentu, adalah tidak wajar untuk memanaskan bitumen dan/atau agregat, sebagai contoh bagi surface dreesing dan kerja priming. Oleh itu, cutback bitumen dan bitumen emulsi digunakan.

Cutback Bitumen dihasilkan dengan mencampurkan bitumen dengan komponen minyak yang lebih cair. ia boleh digunakan pada suhu persekitaran atau dipanaskan pada suhu yang lebih rendah berbanding suhu pemanasan bitumen. ia akan mula mengeras dengan pengewapan komponen minyak yang lebih cair itu. Kadar mengerasan adalah bergantung kepada kadar pengewapan minyak tersebut. Apabila pengerasan cepat diperlukan seperti surface dressing, minyak cair seperti minyak tanah digunakan. Apabila pengerasan lambat diperlukan , seperti    bagi bahan tampalan pothole dan penstabil tanah, minyak yang kurang meruap seperti diesel digunakan. Cutback bitumen ynag boleh digunakan dalam keadaan sejuk mengandungi 30% minyak cair sementara Cutback bitumen yang perlu dipanaskan mengandungi  kurang minyak cair. Cutback boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan gred. jenis cutback merujuk pada kadar kelajuan pengewapan sementara gred cutback bitumen merujuk pada kelikatan minimum kinematic viscosity dalam centistoke pada suhu 60 darjah celcius. Cutback bitumen mesti  memenuhi kriteris MS159. Klausa 4.3.1.2 JKR/spj/2008 - S4 menetapkan bahan primecoat mestidari cutback bitumen gred MC-70.



BITUMEN



Bitumen emulsi ialah campuran titisan halus bitumen bersaiz purata2 mikron di dalam air. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bitumen(55-65%) dengan air dan bahan emulsi dalam pengisar koloid. Ia membolehkan penggunaan bitumen pada suhu persekitaran  tanpa perlu dipanaskan. Air akan terus meruap sejurus selepas emulsi terdedah kepada udara. Ia berwarna cokelatkekeruhan dan bertukat menjadihitam berkilat apabila semua air telah meruap. Ia terbahagi kepada empat kelas iaitu anionik, kationik, non-ionik dan clay stabilitied. Kelas anionik dankationik adalah paling banyak digunakan.

Bitumen Emulsi mestilah memenuhi kreteria MS 161. Anionik bitumen tidak dimasukkan dalam MS 161 kerana emulsi jenis ini tidak digunakan dalam pembinaan jalan. Kationik emulsi boleh digunakan dengan lebih bnayakjenis agregat berbanding anionik emulsi.

Sunday 13 July 2014

PILLOW FELT PERTAMA AKU


Ini lah hasil PILLOW felt pertama yang aku buat. Macam mana boleh timbul idea akun untuk buat pillow ni?? Dekat USM ada satu bangunan kedai tu nama UPTOWN MALL.. dekat kawasan tu ada sebijik kedai  craft yang jual bantal ni selalu jugak kalau aku g dekat saana aku akan tengok-tengok..cantik-cantik pillow yang dia buat ada macam-macam bentuk…suka aku tengok, kreatif betul kak tu.tak jemu mata memandang.

Dipendekkan cerita pada suatu hari tu, masa tangah bercerita dengan roommate aku dia tanya aku nak bagi apa dekat wedding sepupu dia, pastu aku tunjuk la bantal tu…  selapasdia tngok pillow tu dia tanya aku awak tak nak buat ka macam ni..kan awakbok buat keychain tu boleh.. aku pon terfikir nak buat ke tak? Kemudian roommate aku tanya awak buat la macam ni dekat saya nak bagi hadiah dekat sepupu saya.


Dengan penuh semangat petang tu jugak saya pergi beli barang-barang untuk buat pillow tu, bila dah beli semua ada maslah pulak benang bulu kambing dengan jarum tak ada, selepas itu mintak tolong membe aku belikan benang bulu kambing dekat luar, jarum plak aku guna jarum biasa yang dok jait baju tu. Waktu tu mang sukar rasanya nak buat guna jarum yang kecik tu untuk benang yang besar, sampai patah jarum tu. 

Selepas berhempas pulas selama beberapa jam akhirnya inilah hasilnya. walaupun hasilnya tak seberapa akau tetap gembira untuk kali pertama mencubanya. azam aku lepas ni nak trai lagi buat, ini semua membuatkan minat bercraft aku semakain bertambah bila mendapat semangat dari kawan-kawan yang suka tengok kerja yang aku buat. terima kasih kepada roomate aku Yana yang selalu bagi komen dan kawan aku yang lain Sumalin, Jojo, Yong, fatin, Michell, Syuhada dan Farah. Semua komen dan pendapat korang buat aku bertambah semangat dan membuat craf aku semakin berseni. 

Aktiviti memotong felt dan menjahit.

Memotong huruf dengan menggunakan gunting.

 Aktiviti mencuba menbentuk bunga dan huruf 

Hasil yang terakhir setelah beberapa jam bertungkus lumus menyiapkannya. 


- SMILE ALWAYS TO BE HAPPINESS -

Thursday 10 July 2014

KEYCHAIN NAMA DAN AKU



Keychain nama ni adalah craft yang pertama aku cuba buat menggunakan FELT. Macam mana aku boleh terjebak untuk buat keychain ni??... aku bakan la seorng yang kaki google pada mulanya…jadi mcm na idea nak buat keychain nama ni adalah disaat aku cuti semester pada bulan dua yang lalu… dok rumah saja boring xtau nak buat apa selain aktiviti rutin harian aku, megemas dan memasak, mcm suri rumah gitukan.. dari situ la idea pertamaku muncul nak buat keychain… macam mana boleh ada nama plak ialah  waktu aku buat tu aku terbayang muka adik aku yang selalu dok mintak dekat aku macam-macam. Jadi keychain pertama yang akubuat aku letak ama adik aku AIDA. Pastu bila dah siap aku pon tunjuk dekat adik aku dan family aku yang lain, semua tanya macam manaaku buat keychain tu. Dengan muka gembiranya aku pon terang la dekat family aku mcm na boleh dapat idea nak buat keychain dengan FELT ni.

 

Macam mana aku dapat barang semua tu nak buat pulak aku ambik stok barang lama aku yang tahun lepas punya. Sebelum ni aku ada buat kerongsang guna kain cotton..idea boleh buat kerongsang pon muncul time aku terfikir ruginya masa dok tak ada keja. Feltdan fiber  plak aku beli tahun lepas juga itu pon masa jalan-jalan dengan membe dekat Gurney penang masuk DAISO, masa tu la aku jumpa felt, sebelum ni aku tak kenal pon felt tu apa, walau pon masa tu dag famous kot… ketinggalanya aku kan… lepas dah beli felt tu balik letak rumah ja sebab tak xtau nak buat apa masa tu, masa tu beli sebab berkenan dan tertarik dengan cerita kawan aku apa kegunaan felt dan boleh buat apa..panjang lebar kawan aku terang kan dekat aku masa nak beli tu. 

 

 Bila dah syok buat, terfikir plak mcm na nak kembangkan minat bercraf aku ni tak kan nak buat banyak buat koleksi kot. Dari situ aku trai la bagi dekat sepupu aku yang tengah belajar tu ke sekolah dia, kalau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah. Alhamdulillah……first time cuba ada  orang yang sudi tempah..dari tempahan yang pertama tu la aku semakin mahir dalam menjahit dan lebih Nampak kemas setiap jahitan tu. Pada mula aku dok potong-potong felt ayah dan mak aku semua tanya nak buat apa banyak..sekarang ni mak dan ayah aku dah faham dan berigalakkan untuk aku berkraf asalkan aku tak abaikan pelajaran aku saja. 

 

Ni la antara koleksi keychain nama yang telah dibuat untuk tempahan.




The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...