Monday 11 September 2017

Tiket Komuter (train) Butterworth ke Padang Besar.

Selamat Pagi....
Dua hari lepas Cik Yani ada pergi travel ke Hatyai dan Songkla, Thailand menggunakan pengangkutan awam iaitu menggunakan train atau komuter utara. Oleh itu, cik yani nak share the latest jadual train dari Butterworth ke Padang Besar.

Untuk pembelian tiket hampa boleh beli tiket terus pada hari dan waktu yang hampa nak pergi (tiket on the sport) tak perlu beli awal sehari ya... Harga dia mang murah dan berbaloi.. Untuk perjalanan dari Sungai Petani ke Padang Besar RM9.3 dan dari Batuworth ke Padang Besar RM11.3. 

Kepadatan penumpang bergantung kepada waktu dan hari yang anda naik, jika naik pada hari sabtu dan ahad terutamanya pukul 5 hingga 7 sebab ramai penumpang pulang dari kerja mang sesak skit la, masa ni mang memerlukan toleransi dan kesabaran yang tinggi terutamanya jika ada bawak anak kecil. Untuk tempat duduk sapa dapat dia dapat ya...

Apa yang cik yani lihat pada tahun ini peningkatan penggunaan komuter train ni semakin meningkat berbanding masa cik yani dok naik pada tahun lepas dan ramai jugak pelancong yang akan ke Thailand, terutamanya pelancong yang akan pergi ke Hatyai dan Songkla,  hal ini disebabkan pihak Thailand juga menyediakan train dari Padang Besar terus ke Station Kereta Api HatYai dengan melalui immirgration Malaysia Thailand di station train tersebut. 



Untuk full entry perjalanan Cik Yani ke Hat Yai dan Songkla later cik yani update..tak sempat tranfer  gambar masuk dalam laptop lagi..hehe...Hope, jadual ni dapat membantu korang punya planning nak pergi jalan2 ke Padang Besar.

Untuk korang yang nak pergi Padang Besar, bila dah sampai station korang perlu naik ke atas (ada tangga) than kat situ akan ada 2 cadang satu ke kiri dan ke kanan. Kalau korang nak jalan  kaki ke Padang Besar korang pilih kanan ada ada jejantas untuk Padang Besar ( bejalan kaki santai2 lebih kurang 4 - 8 Minit) bila dah tutun jejantas tu korang lintas jalan ke seberang sana sebab Shoping Centre Padang Besar ada di sebelah sana. Untuk yang tak nak jalan korang boleh g sebelah kiri akan ada pak cik and abang2 teksi untuk ke Padang Besar ( harga lebih kurang rm7- 10  seorang)  

Masa nak balik nak beli tiket dekat persimpangan kiri dan kanan tu ada satu lagi lorong tengah antara tersebut. Kat situ tiket kaunter  train yang korangg boleh beli tetapi untuk yang nak beli tiket train ke Hat Yai korang perlu turun tangga pergi ke bahagian bawah dan luar untuk masuk ke kaunter tiket train ke Thailand ( kalau tak jumpa kaunter tu pandai2 la korang tanya pegawai immigration kt situ macam mana nak beli). 😃😄



Love,
Cik Yani








1 comment:

  1. Saya baru semalam naik train ke padang besar hehe. Memang pengalaman baru sebab first timer sebenarnya :D

    ReplyDelete

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...