Wednesday 29 March 2017

Bukit Kayu Hitam > Sempadan Thailand


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....


Entry kali ni adalah sambungan dari entry ke Padang Besar, Perlis Indra Kayangan. Okay selpas kita orang keluar dari Padang Besar terus pergi ke Bukit Kayu Hitam (BKH) sebab Afiqah teringin sangat nak pergi sana. Tujuan sebenar pergi sana sebab nak tengok tempat shopping bebas cukai dekat BKH dan juga tngok keadaan sempadan atau imergration Thailand ja... 

Apa yang ada di dalam Komplek bebas cukai? actually barang jualan dalam komplek ni macam shopping mall di lain2 tempat.. ada cokolet, pakaian, makanan dan keperluan harian yang lain... Aku kira ramai orang dari Thailand yang datang shopping sini sebab masa aku sampai sana ramai orang dari arah sana yang berjalan masuk ke dalam komplek ni sebab pintu sempadan Thailand boleh dari komplek ni.  


Di hadapan Komplek bebas cukai BKH

 Selain Komplek bebas cukai, kat sini juga ada bazar jualan tetapi tak ramai kedai yang buka, aku tak pasti kedai tu tutup masa hari nita orang pergi atau mang kedai tu tak berpenghuni.

Gambar dari pintu masuk Komplek Bebas Cukai. Dekat ja kan? 



 Gigih kita orang berjalan sebab nak bergambar dekat sempadan ni..huhu... Tengah semangat snap picture hujan lak turun....so apa lagi cepat lari balik ke kereta.

i'm very happy because can fulfill the dream of Aina and afiqah to be here and see border of Thailand!



Note: Untuk orang utara yang nak masuk sempadan Thailand boleh ja buat border pass kalau tak nak guna passport tetapi orang selain i/c utara kena buat passport okey!!! 


Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani




Friday 17 March 2017

Padang Besar, Perlis Indra Kayangan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Entry hari ni pasal jalan2 di Padang Besar dan juga ke Alor Setar, Kedah.. Sebenarnya perjalani adalah last minutes planning semuanya bermula apabila tiba2 Aina text me " what are u doing this weekend?". Aina tiba2  ja ckap ajak pergi Padang Besar bersama dengan Afikah. Apa aku pon jom ja la kan sebabnya mang aku dah lama gila tak pergi sana dan dulu ada masa sem akhir master ada rancang nak pergi bersama dengan Aina dan Athikah untuk pergi tetapi tak menjadi2 jugak. 

Kat sini aku cerita serba sedikit rancangan perjalanan kami bertiga. Aina dan Afiqah bertolak ke ke Sungai Petani dari Penang dalam jam 7.30 pagi dan sampai di S.P dalam jam 8 lebih. Selepas sarapan semua kami bertolak ke Padang Besar dalam jam 9 dan sampai di sana lebih kurang jam 10.30 pagi, so almost 1jam setengah perjalan untuk ke sana..


Ni view dalam perjalanan nak pergi ke Padang Besar.. MasyaAllah sangat cantik view di sepanjang jalan ni...Aku rasa macam nak berhenti tepi jalan tu dan buat photoshoot ja. 



Aina yang tengah sibuk nak pilih cenderamata nak bawak balik K.L

Ni adalah bangunan yang menempakan puluhan kedai  dan dekat dalam ni banyak sangat barang yang di jual, rambang mata nak beli. Paling famous aku rasa dekat sini orang akan cari makanan seperti beras pulut, beras wangi, jajan, baju pasukan bola dan cenderamata. 


 Ni salah satu kedai yang jual baju pasukan bola. Aina dan afiqah tangah sibuk nak buat pilihan baju. Kat sini ada banyak gred baju yang boleh pilih. Nak terang lebih pasal gred baju ni aku tak pandai sangat sebab tak ambik tau masa tuan kedai tu explain..hehehe..
Semuanya ada 4 bangunan tempat jual barang dan jugak satu open area yang akan buat jualan.  Untuk barang makanan aku beli dekat open area sebabnya dekat sini boleh tawar menawar dan diorang senang nak bagi harga yang lebih murah berbanding kedai yang di dalam bangunan.

Di kawasan ini jugak ada gerai makanan Ala Thai dan makanan berlauk, semuanya nampak sedap tetapi kami tak ada makan pon di kawasan sini just beli air saja sebab masih kenyang lagi sarapan pagi tadi makan sangat banyak + orang ramai sangat maybe sebab pergi hari minggu kan.So kami just chill shoping dan jalan2 semua kawasan tu. 

Antara kedai di kawasan open area, kat sini lebih banyak jual makanan berbanding pakaian .



TAk sah la kan kalau tak bergambar di landmark kawasan yang kita lawati. Masa tangkap gambar ni sebenarnya ada ramai orang dekat signbord tu so kami tunggu bagi orang kurang than baru tangkap gambar sebab nak gambar and view yang paling cantik..ahak...

Masa di Padang Besarnya tak banyak gambar yang ambik sebenarnya, gambar environment dan juga sekeliling juga tak ada ambik sebab kalut nak shopping. Antara kami bertiga, Afiqah paling banyak bershoping dan aku yang ke2 dan Aina banyak beli makanan. Yang paling penting sebenarnya kami juga merancang nak pergi ke tempat lain lagi. Antanya kami rancang nak pergi ke Sempadan Bukit Kayu Hitam dan jugak akan ke Alor Setar. Untuk Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar aku akan cerita entry yang berikutnya pulak. 


Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani


Thursday 16 March 2017

Rezeki : Seutas Jam Tangan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Tarikh 9 March 2017 : Pada hari itu aku pulang dari kerja lebih kurang jam 6 setengah so sampai  rumah hampir jam 7 sebab rumah aku dekat saja dengan tempat kerja lebih kurang 15 minit perjalanan. Dah sampai rumah aku pon layan la Tv jam 7 sambil rehat2.... tengah2 syokkkk tengok Tv tiba-tiba elektrik tak ada.. huhu.............

Aku dah kalut dah bila elektrik  tak ada sebab aku tak pernah buat apa2 persediaan sebelum ni... Dalam hati aku time tu dok fikir nak buat macam mana ni? tak akan nak duduk dalam gelap ja, waktu tu satu taman xada elektrik.. biasanya kalau satu taman xada elektrik mesti makan masa dua tiga jam jugak nak ada semula.. Setelah berfikir aku buat keputusan ajak membe rumah aku pergi ke Masjid berhampiran.


Pada malam tu around jam 10 malam lebih baru ada elektrik, itu pon setelah lebih kurang 15 minit duduk dalam gelap sebab kami balik sebelum jam 10 lagi selepas pergi makan malam dan juga g isi minyak kereta. Pada malam tu aku rancang nak menjahit dan kemas barang sebab nak balik kampung keesokkan hari nya tetapi disebabkan aku rasa penat sangat so lepas ada elektrik terus aku tido tak ingat dunia.......

Esok pagi aku bangun kemas2 barang dan sempat lagi aku basuh baju sebab aku malas nak bawak balik bju kotor dekat kg.... dalam aku dok kalut siap nak pergi kerja tu baru aku teringat jam tangan aku tak di tempat selalu aku letak.. huhu.... Puas aku cari tak jumpa letak dekat mana? lama aku termenungi throwback semula bila kali terakhir aku guna dan letak di  mana?

Akhirnya, aku ingat aku ada pakai pergi masjid dan masa aku masuk ke ke tandas masa nak ambik air sembahyang aku ada buang dan letak di pili paip di tempat ambik air sembahyang... Apa lagi aku pon cepat2 siap dan pergi masjid tersebut sebelum pergi kerja., Pada masa tu.. aku hanya mampu berdoa kepada Allah jam tersebut masih ada atau pun di jumpa oleh orang yang bertanggung jawab untuk di pulangkan semula kepada aku. Apabila aku sampai di kawasan masjid, ramai orang pada masa tu walaupun sudah hampir jam 8 pagi sebab pagi tu ada tazkirah pagi jumaat.  Alhamdulillah,  jam tangan aku masih di tempat yang sama dan syukur Allah masih memanjangkan rezeki jam itu milik aku lagi...


Jam tangan ni antara barang yang aku sayang, dah lama dia berhikmat untuk aku semenjak tahun 2011 aku beli, dan baru 3 kali tukar bateri. Ini adalah jam ke2 aku yang masih kekal bersama. Jam pertama aku jenama yang sama jugak CASIO, jam tu paling aku sayang sebab pemberian mak aku masa aku tingkatan 4 sebab aku boleh result PMR yang bagus dan di luar jangkaan keluarg ku dan juga sekolah ku..Jam tersebut masih lagi aku pakai sampai sekarang.. Lama kan? Semoga Allah sentiasa melindunginya. Amin.





 'Lunch Box' by Cik Yanie.


Makanan untuk tengah hari ini, N]nasi Putih, udang masak manis bersama tomato dan juga  cabai budu. Setiap hari jika ada kesempatan aku akan bangun masuk lunch box untuk di bawak ke tempat kerja... Aku bersyukur sangat dapat environment kerja yang sangat membantu aku untuk aku terus bawak lunch box ke tempat kerja sebab rakan sekerja bilik aku juga suka bawak bekal. Bukan apa aku suka bawak bekal ke tempat kerja, hal ini akan membantu aku untuk mempunya masa rehat yang lama dan membantu aku dalam mengamalkan pemakanan yang sihat dan terjamin kebersihanya. InsyaAllah...
 Alhamdulillah.



Rezeki pemberian Allah itu luas maksudnya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza. Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat kurniaan-Nya. 




Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani















Wednesday 15 March 2017

Cerita 3 Tahun Lepas


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....



Entry kali ni aku nak flashback or throwback memory dan cerita 3 tahun lepas macam mana aku boleh mula berjinak felt krat? Mcm na aku boleh terjebak untuk buat keychain nama??... untuk dijadikan satu cerita kepada genenasi aku yang akan datang.. Aku bukan la seorang yang kaki google atau seorang yang suka buat research sendiri.. Semuanya terjadi dan kedatangan idea nak buat keychain nama ni adalah bermula disaat aku cuti semester pada bulan dua pada semester ke3… dok rumah saja boring  tak tau nak buat melainkan aktiviti rutin harian aku, megemas dan memasak... mcm suri rumah sepenuh masa lak kan..heheh...dari situ la idea pertamaku muncul nak buat keychain, macam mana boleh ada nama pulak ialah  waktu aku buat tu aku terbaya  muka adik aku yang selalu dok mintak dekat aku macam-macam tu. Jadi keychain pertama yang aku buat aku letak ama adik aku AIDA. Pastu bila dah siap aku pon tunjuk dekat adik aku dan family aku yang lain, semua tanya macam mana aku buat keychain tu. Dengan muka poyonya aku pon terang la dekat family aku mcm na boleh dapat idea nak buat keychain dgn FELT ni...hehehe..

Macam mana aku dapat barang semua tu nak buat, aku ambik stok barang lama aku yang tahun lepas punya. Sebelum ni aku ada buat kerongsang guna kain cotton..idea boleh buat kerongsang pon muncul time aku terfikir ruginya masa dok tak ada keja. Felt dan fiber  plak aku beli tahun lepas juga itu pon masa jalan-jalan dengan membe aku dekat Gurney Penang masa masuk DAISO, masa tu la aku jumpa felt, sebelum ni aku tak kenal pon felt tu apa, walau pon masa mybe material felt ni famous tetapi tak famous bagi aku yang membesar di perdalaman dengan kemudahan yang terhad pada masa itu.... ketinggalanya aku kan… lepas dah beli felt tu balik letak rumah ja sebab tak xtau nak buat apa masa tu. 


Alhamdulillah Allah telah memberi idea kepada aku untuk mencuba benda baru dalam hidup aku tetapi disebalik ni permulaan business ni sebenarnya terdapat sejarah nya yang tersendiri? Macam mana terdetik nak buat felt kraf? Semunya bermula pada tahun 2013 di mana tahun tu harga getah mula turun dan ayah, mak tak berapa sihat. Suatu hari masa balik kg masa sem 3 pengajian mak cakap " mak dah xboleh bagi duit macam selalu sangat dah macam dulu2, pandai2 la berjimat2 guna duit ptptn tu" selepas balik ke asrama perkataan tu masih terngiang2.. .


Selepas pada tu...setiap hari terfikir macam mna nak buat kumpul duit simpanan nak belajar sebab setiap sem ada banyak projek yang kena siapkan dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pada masa tu jugak  target selepas habis degree nak smbung master kalau boleh.... bermula dari situ la tiba2 ilham datang utk trai buat keychain guna felt, yang mana sebelum ni pernah cuba buat tp secara minat sahaja.. kerana aku sentiasa mengingatkan diri aku " sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya cuma lambat atau cepat itu sahaja yang akan membezakan dengan orang lain tetapi kita tetap akan sampai kedistinasi yang di tuju" 

Dari situ aku trai la bagi dekat sepupu aku yang tengah belajar si sekolah menengah tu bawak  ke sekolah dia, kalau ada kawan-kawan dia yang berminat nak tempah. Alhamdulillah……first time cuba ada  orang yang sudi tempah..dari tempahan yang pertama tu la aku semakin mahir dalam menjahit dan lebih berkeyakinan untuk menjahit. Pada mula aku dok potong-potong felt ayah dan mak aku semua tanya nak buat apa banyak?  Pada masa itu, aku pon terangkan kat mereka dan mak dan ayah aku faham akan minat aku dan beri galakkan untuk aku berkraf asalkan aku tak abaikan pelajaran aku saja tetapi aku tak la cerita fully kenapa aku nak buat jual keychain ni sebenarnya.. yang aku cerita hanya nak buat apa dan apa kegunaanya sahaja...


Sampai sekarang tahun 2017 aku masih lagi membuat kraf felt if ada orang order.. Alhamdulillah masih ada rezeki pemberian Allah dan yang paling mengembirakan hati aku adalah apabila ada customer repeat order...sebab apa? Maksudnya setiap hasil kerja aku tu....dapat memberi kepuasan hati dan cita rasa mereka....heheh... ( masuk bakul angkat sendiri sekali sekala kan.....)


Kat sini ada berberpa picture keychain nama yang aku buat sebelum ini....setiap order yang aku buat mostly aku ambik picture tetapi perkara yang tak berapa syok adalah apabila gmbar tu tak berapa cantik..huhu... Banyak sebab sebenarnya kenapa gambar tak cantik atau colour material tu tak sama dengan yang real, antaranya ialah resolution picture tu rendah, tak cukup lighting, kedudukan angle yang salah dan yang penting kena ada camera yang sesuai..


Tahun 2017


Tahun 2016
Sebenarnya terlalu banyak impian dan angan2 untuk membuat kepelbagaian jenis keychain yang comel lagi cute.. Semoga segala impian itu akan tercapai pada masa akan datang.Amin..




Note:  entry ini ditulis hasil gabungan cerita dan perasaan 3 tahun lepas di saat bermulanya jejak pertama  dalam membuat kraf dan juga pengalaman pertama terjebak ke dunia business secara online dengan  gabungan perasaan sekarang saat entry ini ditulis ❤❤❤

Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani






The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...