Thursday 2 August 2018

Naik Train Komuter ke Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Apa khabar semua?.. semoga semuanya dalam keadaan sihat dan dilindungiNya. Hari ni Cik yani nak share entry mengenai lawatan pendek cik yani dan husband ke Art Street Penang dengan menggunakan pengangkutan awam (public transport) iaitu train komuter, feri dan bas. 

Sebut sahaja Penang kebanyakkan akan terbayang  jambatan pulau pinang dan juga nasi kamdar. Bagi cik yani penang ni macm one stop centre pon ada sebab kat sini ada laut, pantai, habitat, art, culture dan makanan yang pelbagai, kiranya semua boleh dapat di sini dengan sekali travel. 

So let start explore cik yani journey....

7. 45 A.M Naik Komuter ke Batuworth.
Cik yani menaiki Train Komuter dari Sungai ke station KTM Batuworth dengan harga RM7.2 return, untuk tengok jadual train komuter boleh click di sini jadual train komuter utara  yang cik yani tulis sebelum ini. Selesa ke tak naik train? Bagi cik yani sangat selesa dan on time dengan masa walaupun kadang-kadang ada delay, selain itu pada weekend biasanya pihak KTM akan menggunakan gerabak yang lebih panjang disebabkan faktor pemintaan pengguna yang meningkat untuk travel pada hari cuti.





8.30 A.M Selamat sampai stesen KTM Batuworth
Okay! selamat sampai ke stesen KTM Batuworth.. banyak sudah perubahan yang berlaku disini dimana sebelum ni pengguna yang ingin ke Feri perlu berjalan kaki menaiki tangga untuk sampai ke sana tetapi kini pihak Penang telah menaik taraf dengan menyediakan Free Shutter Bas untuk ke Feri station. Okay, kat mana terletaknya shutter bas ni? bila sampai ja KTM station korang perlu menaiki tangga untuk naik ke atas dan keluar semula untuk pergi ke station bas dan dekat station bas tu akan ada satu signboard tulis Free Shutter Bas to Ferry.




9.15 A.M Naik ferry ke Terminal ferry Georgetown.
Masa perjalanan feri  hanya lebih kurang dalam 20 minit sahaja, sambil menikmati panorama laut ja dah sampai ke seberang. Tambang feri hanya RM1.2 sahaja... di mana korang boleh mendapatkan tiket ferry di kaunter sebelum entrance ke tempat menunggu ketibaan feri. Apa yang cik yani perasan tempat menunggu lebih selesa dan luas jika di bandingkan dengan 1 tahun lepas, banyak improvement yang di buat oleh pihak Rapid Ferry sekarang ni.





10.45 A.M Selamat sampai sampai ke pulau, terminal ferry Georgetown
Turun ja ferry korang perlu berjalan kaki untuk sampai ke stesen bas utama Georgetown, kat sana terdapat banyak bas rapid penang yang korong boleh pilih untuk ke destinasi pelancongan di Pulau Pinang, ya mostly tempat menarik di sana korang boleh access dengan hanya menggunakan bas.

Maka, bermula lah journey cik yani dan suami meneroka Art Street dan kawan berhampiran dengannya, jika ingin hanya berjalan di sekitar Art Street sahaja korang boleh pilih untuk sewa basikal atau hanya berjalan kaki sahaja. Cik yani memilih berjalan kaki sahaja, Sewa basikal bermula dari RM8 sehari dan ke atas pandai2 la korang pilih ya sebab terlalu banyak tempat sewa dan juga jenis basikal.



Tempat lawatan

1. Chew Jetty
Antara tempat yang femous dan kebanyakkan akan pergi melawat disebabkan permandangan yang cantik untuk bergambar dan juga keistimewaanya di mana terdapat rumah-rumah dibina di atas air laut.

Hanya lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari stesen bas Georgetown ambik arah ke kiri jalan. Semasa cik yani sampai ramai pelancong yang baru sampai jadi tak banyak gambar yang boleh ambil sebab orang dah ramai dan dengan kawasan dia yang agak limited space, kalau korang suka ambik gambar lebih baik pergi awal ya.




2. Tan Jetty
Jetty ni tak ramai orang tau jadi tak ramai orang datang, kat sini jugak ada view bergambar yang cantik korang boleh ambik. Jetty ni tak semeriah Chew Jetty yang terdapat pelbagai gerai makanan dan cenderamata, kat sini hanya ada rumah penduduk sahaja dan suasana lebih santai.

Chew Jetty dan Tan Jetty merupakan salah satu dari 7 jenis Clan Jetty yang boleh di dapati di kawsan ini. Kalau korang ada masa korang boleh melawat ketujuh-tujuh jenis jetty, di mana setiap satunya terdapat keunikan yang tersendiri tetapi chew jetty adalah yang paling femous ni sini.

 


3. Mural Art
Terdapat banyak mural di sekitar Armenian Street, untuk lebih senang korang boleh ja mintak map di kedai2 sekitar tu kebanyakkan akan ada free map untuk dijadikan panduan untuk menjejakinya, kerana setiap mural tu berada di lorong yang berlainan dan berjarak antara satu sama lain.

Untuk lawatan mural art cik yani pilih satu dua tempat ja untuk dilawati disebabkan cik yani hanya ada lebih kurang 2 jam setengah sahaja untuk melwat sebelum kembali ke seberang semula. Untuk korang yang planning untuk pergi banyak melawat mural boleh la sewa basikal untuk mengelakkan kepenatan dengan cuaca yang panas.










4. Rozanaz Batik
Ya..cik yani memang planning nak ajak suami pergi sini tetapi malangnya masa pergi kedai tersebut tutup. Ianya terletak di 81B, 81C Lebuh Acheh Street berhampiran dengan Masjid Lebuh Acheh. Apa yang menarik disini? korang boleh bermain warna merasai bagaimna untuk mencanting batik. Harga untuk mencantik batik bermula serendah RM5 dan korang boleh bawak balik hasil kerja korang. Sebenarnya cik yani pernah pergi ke kedai ini sebelum ini bersama kawan2, so happening bila boleh bermain warna dan meneroka perkara baru, hilang stress tau.... Korang perlu cuba okay!!...  jangan risau owner kedai sangat frendly and welcoming sangat....


Hasil kerja cik yani dan kawan-kawan semasa pertama kali datang ke Rozanaz Batik


5. Nasi Kamdar Masjid.
Berada bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling, selain itu korang juga boleh melawat Masjid Kapitan Keling di mana terdapat sejarah dan seni bina yang boleh dipelari. Disini juga terdapat Nasi Kamdar Beratur yang menjadi viral di kalangan penggemar nasi kamdar, Nasi Kamdar Masjid mula beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 10 malam dan Nasi Kamdar Beratur mula beroperasi dari 10 Malam.



12.15 P.M Naik Ferry dari station ferry Georgetown ke station Batuworth
Untuk perjalan keluar tiada bayaran dikenakan sama ada untuk kenderaan mahupun pejalan kaki. Dari sini naik lagi free shuttle bas untuk ke station KTM.


1.25 P.M Naik train komuter ke Sungai Petani
huhuu............yang ni train delay so kena tunggu jam 2.25 P.M baru train jalan. Jam 3.00 P.M selamat sampai ke rumah...


Itulah perjalanan dan pengalaman cik yani dan suami pergi jalan2 di hujung minggu yang boleh di kongsi dengan korang semua....






LoVe
Cik Yani





The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...