Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Thursday, 13 February 2020

Itinerary & kos 4H3M Kota Kinabalu, Kundasang, Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah 2 minggu lalu cik yani dan suami telah berkesempatan berkunjung ke negeri di bawah bayu Sabah selama 4h3m jadi cik yani akan share entry sepanjang perjalanan di sana.

Bukan senang nak boleh pergi ke sana bermacam-macam halangan sebelum sampai ke sana..huhuu.. tetapi akhirnya sampai jua salah satu tempat percutian yang cik yani dan suami idam-idamkan selama ini.

Untuk memudahkan perjalanan cerita jadi cik yani sedjakan jadual perjalanan  untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang.




View Point 

Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang akan ada beberapa perhention View Point yang boleh kita berhenti dan ambil gambar. Pemandangan nya sangat-sangat cantik dan menakjukkan mata yang memandang jika bernasib baik boleh nampak gunung kinabalu.



Pekan Kundasang

Di pekan kundasang ada satu view point yang di mana kita boleh melihat Gunung Kinabalu secara jelas dan jika ke sini jangan lepaskan peluang untuk melihat Gunung Kinabalu dari arah sini. Ia betul-betul terletak di roundabout kambing dan kobis. Dua-dua roundbout ni ada view yang tersendiri pastikan anda sampai ke sini sebelum jam 7.30 a.m jika ingin melihat view Gunung Kinabalu yang jelas.

View dari Pekan Kundang di Waktu Petang


View dari Pekan Kundasang di waktu pagi


Desa Dairy Farm 

Kalau dah sampai ke Kundasang tidak lengkap kalau tidak singgah ke ladang kambing ala-ala Newzealand imi. Pastikan sampai disini awal pagi untuk merasai suasana yang sangat menakjukkan dan dapat melihat gunung kinabalu. Selain pemandangan jika ke sini mesti mendapatkan ais krim dan juga susu segar keluaran dairy farm yang cik yani rasa susah nak jumpa ada jual di market di luar sana. Serius ais krim dan susu sangat sedap dan ada rasa yang tersendiri yang menyebabkan cik yanai rasa nak pergi lagi ke sana.






Sabah Tea

Apa yang menarik di sabah tea bagi cik yani adalah makanan. jika untuk melihat pemandangan ianya biasa sahaja ladangnya. Pemandangan ladang tea dia Cameron Highland lagi menakjukkan tetapi untuk makanan berbaloi datang ke sini merasai makanan sabah.




Titian Kanopi Poring

Rasa menyesal naik sebab kena jalan jauh dah macam hiking dah untuk sampai ke titian kanopi..huhu... Bila dah sampai titian dia rasa berbaloi dan satu perasaan yang aku dah berjaya sampai jua akhirnya...nasib cik yani pakai kasut yang sesuai masa tu..... Bagi cik yani tak sesuai untuk sesiapa yang bawak anak kecik dan orang tua sebab laluan untuk sampai ke titian dia agak lincin dan berliku-liku. Untuk masuk ke yang tempat mandi air panas boleh datang ke sini jugak, di mana di bahagian bawah sebelum mula mendaki ke titian kanopi terdapat tempat kolam air panas dan kolam biasa untuk beriadah, boleh sediakan baju sekali untuk bermandi manda. Macam cik yani dikenakan 2 kali tiket masuk, 1 tiket untuk masuk kawasan stesen poring dan satu lagi tiket untuk naik titian kanopi.

Laluan untuk samapi ke Titian Kanopi

Pintu Masuk ke Stesen Poring


Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan

Untuk yang nak pergi snorkeling boleh dapatkkan tiket di Jesselton Point Jety. Di sini ada banyak kaunter yang menjual tiket untuk pergi balik Island Hopping. Cik yani dapat harga RM66 untuk dua orang dan 2 pulau perjalanan iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan termasuk sekali peralatan untuk snorkeling di kaunter no 6.

Terdapat 4 jenis pulau yang kita boleh pilih iaitu Pulau Sapi, Manukan, Memutik dan Gaya dan harga bergantung kepada jumlah pulau yang kita pergi. Macam cik yani sebab mang nak pergi snorkeling jadi kakak kaunter cadangkan pergi Pulau Sapi. Kita jugak dikenakan tiket untuk masuk ke taman laut ini RM10 yang ni bayar untuk pulau pertama yang kita singgah sahaja. Cik yani cadangkan pergi ke pulau ini awal pagi semasa kaunter dibuka sebab tak puas rasanya kalau singah sekajap sahaja sebab semua pulau ni sangat cantik dan bersih airnya dan boleh bawak bekal makanan jugak untuk kesana. Harga makanan di gerai dan restoren yang terdapat di sana agak mahal bagi orang biasa.








Tanjung Aru

Terlatak di pekan Kota Kinabalu menjadi tempat tarikan pelancong untuk melihat matahari terbenam termasuk la Cik yani tak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Di sana jugak terdapat gerai makanan yang best dan perlu mencuba makanan sabah.




Kos perjalanan 4H3M

Untuk kos keseluruhan boleh ikot bajet masing-masing tetapi ini adalah kos cik yani habiskan sepanjang percutian kali untuk di kongsi dan di jadikan panduan dan serta rujukan pada masa akan datang...

Flight : RM778/2pax ( harga tiket sebelah pergi cik yani dapat lagi murah dari sebelah balik.huhu..)
Hotel 3 malam : RM276
Kereta Sewa : RM300 (4h3m)
Minyak kereta : RM63 (satu kali isi semasa ambil kerata- kereta bezza jimat minyak berbaloi sewa)
Parking at Kota Kinabalu : RM10
Parking airport Penang : RM90 (4h3m)
Entering fee  : RM137/2pax ( sepanjang 4h3m termasuk kos Island Hopping)
Makan : RM248.3 - cik yani suka makan cuba makan baru yang tak ada di semanjung
Souvenir : RM207.6 - kalau ikot nafsu boleh habis banyak lagi..huhuu

Total kos perjalanan untuk 2 orang pergi dan balik = RM2109.9

Selamat mendarat

Antara tempat jika di beri kesempatan untuk cik yani pergi semula adalah Kundasang dan juga snorkeling di Pulau Sapi dan Manukan.




Sharing is caring,




LoVe
Cik Yani

Monday, 14 January 2019

Naik Train Komuter Utara ke Zoo Taiping Perak | Melawat Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini cik yani nak share trip berjimat cermat ke Zoo Taiping Perak. Sebelum ni cik yani ada share kan nak pergi Padang Besar naik Komuter utara jadi kali ni Cik yani nak share macam mana nak pergi jalan-jalan Taiping dengan hanya menggunakan Komuter.

Trip kali ini cik yani pergi bersama dengan suami dari sini dan berjumpa #bff cik yani Athirah dekat Taiping. Banyak tempat- menarik yang cik yani dan suami explore masa pergi Taiping kali ini walaupun hanya satu hari perjalan dari pagi hingga ke petang sahaja.

Pada mulanya rancang nak pergi dengan kereta, tiba-tiba cik suami bagi cadangan apa kata kita pergi Taiping naik pengangkutan awam sahaja, jimat tenaga dan juga bajet, jadi terjadilah melawat Taiping dengan menggunakan train komuter. Okay!!!.....jom explore perjalanan cik yani ke Taiping dengan menggukan train komuter by KTM..

05-01-2019

7.45 A.M 
Naik train dari KTM Sungai Petani ke Taiping. 

Tiket boleh beli direct terus ke KTM Taiping dekat kaunter tiket, semua tiket train jual secara on the sport ya, nak pergi baru beratur pergi beli, Harga tiket RM8.10 seorang, boleh beli return jugak tetapi cik yani beli pergi sahaja, Kalau nak beli pergi dan balik siap2 pon tiada masalah sebab tiket tiada limit jam berapa kita akan pulang semula.

Arah laluan Train Komuter Utara



8.15 A.M
Tiba di stesen KTM Bukit Mertajam

Untuk setiap penumpang yang akan pergi ke Perak, perlu transit di Stesen KTM Bukit Mertajam dahulu di Platform No 4 akan ada pertukaran komuter lain pulak yang akan bergerak ke Taiping. Untuk train dari KTM Bukit Mertajam akan melalui stesen Simpang Empat, Nibung Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping dan terakhir stesen Padang Rengas. 

Waktu cik yani naik ni orang tanya banyak naik munkin disebabkan masih awal pagi kan, jadi sempat la #OOTD  di stesen KTM disamping menikmati permandangan sepanjang perjalanan. 

Stesen Train Bukit Mertajam



8.45 A.M
Komuter bergerak dari Stesen Bukit Mertajam Ke Arah Perak


9.10 A.M 
Tiba di stesen KTM Bagan Serai

Berhenti kat sini sekejap, ubah planning asal sebab nak jumpa kawan cik yani. Apa yang menarik kt sini adalah stesen KTM dia bagi cik yani sangat cantik, kemas dan teratur siap dengan bunga-bunganan dan cik yani tak pernah lagi stesen yang secantik view dekat stesen komuter yang lain. 

Walaupun cik yani dah beli tiket ke Stesen Taiping tetapi boleh sahaja kalau berhenti sebelum, jangan berhenti selepas stesen yang kita beli sahaja nanti akan kena denda. Kalau nak naik semula kena beli tiket semula ya untuk teruskan perjalanan yang berikutnya..huhu..

Stesen Train Bagan Serai



Stesen Komuter Taiping

Dari stesen ni boleh naik grab atau teksi untuk ke Zoo Taiping, Kalau ambil grab daalam harga RM5 sahaja mean dekat sahaja dari stesen henda ke Zoo Taiping.


Jadual dan masa perjalan komuter bagi laluan dari Bukit Metajam ke Padang Rengas


Zoo Taiping
Harga tiket bagi dewasa RM 17 bagi dewasa dan kanak-kanak RM 8.5, kalau anda orang perak dan I.C Perak tiket masuk hanya RM13 sahaja jadi orang Perak masa nak beli tiket jangan lupa tunjukkan IC anda ya... untuk maklumat lanjut boleh lawati laman sesawang Zoo Taiping. 

Cik yani cadangkan anda buat lawatan awal pagi, zoo mula di buka jam 8.30 A.M sebab masa ini anda akan dapat melihat penjaga zoo akan memberi makanan kepada kesemua haiwa yang terdapat di dalam zoo ini. Cik yani dah sampai di sana dalam jam 11 A.M j  adi terlepas la nak tengok haiwan2 ini makan dan banyak jugak yang dah menyorok dan tidur masa cik yani pergi ni, al maklum lah baru lepas makan kan...







Taman Tasik Taiping
Selepas keluar dari zoo terus ajak athirah dan suami pergi jalan-jalan2 dekat tasik sebab cik yani suka sangat permandangan dekat sini, sejuk mata memandang dan mendamaikan. Kawasan ini sangat luas dan banyak aktiviti yang boleh buat. Cik yani bayangkan kalau pergi waktu pagi atau petang boleh la joging atau berkelah sambil menikmati pemandangan yang menghijau.



Makan Tengah Hari 
Setelah penat berjalan taman dan zoo...lapar sangat..huhu.. Terus keluar cari makanan untuk makan tengah hari. Sebenarnya tak tau nak pergi makan di mana jadi masa tu just lalu dan terjumpa satu kedai makan laut campur yang namnpak okay depan penjara Taiping dan masa makan tu memang sedap dan harga pon berbaloi tak terlalu mahal, siap dengan  ada minuman free lagi..huhu


Semua ni makan dengan harga RM26 sahaja, bagi cik yani sangat berbaloi siap dengan sotong bakar dan ayang goreng 3 ketul lagi...

Muzium Taiping
Muzium Taiping merupakan Muzium pertama yang dibina di Malaysia. Tiket masuk muzium RM2 sahaja..yang ni tiket Athirah belanja kami berdua... Banyak replika haiwan yang ada dalam muzium ni, selain itu terdpat artifak, kenderaan dahulu kala dan juga seni budaya lama yang dipamerkan semula.... Sangat berbaloi banyak perkara sejarah yang boleh kita belajar melalui lawatan tempat seperti ini.






Minum Petang
untuk kali ni athirah bawak kita orang pergi makan cendol paling femous dekat Taiping iaitu kedai makan Cendol Bismillah, jadi kita orang order cendol, pasembur dan juga laksa, personally bagi cik yani pasembur dia sedap sangat dan juga cendol  dia sedap jugak sama seperti ada satu kedai dekat Sungai Petani yang selalu cik yani dan kawan-kawan suka pergi makan ( nanti cik yani boleh story yang ni lak..hehe..)




Akhir sekali sebelum balik naik train Athirah bawak kitra orang pergi beli donat gemok yang menjadi dia punya kegemaran, jadi cik yani order yang perisa coklat dan caremal.


4.00 P.M
Naik komuter dari stesen Taiping ke stesen Sungai Petani
Harga tiket seorang RM 8.2, sama juga seperti masa pergi kita orang akan tranfit dulu di Stesen Bukit Mertajam dan tunggu next komuter yang dari arah Stesen Batuworth ke Stesen Sungai Petani.


6.15 P.M
Selamat sampai di Sungai Petani dan terus bersiap-siap sambung cuti weekend di kampung halaman...

Alhamdulillah weekend kali ni dapat di habiskan dengan aktiviti yang sangat produktif dan sangat bermakna bagi cik yani.


Hijau yang mendamaikan di dalam kawasan Zoo Taiping 


Terima kasih membaca dan semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca.




LoVe,
cik yani


The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...