Monday 15 June 2015

Tempat menarik di Penang.



Assalamualaikum dan hai semua……..


Sempena tiga tahun cik yani berkelana di Negeri Pulau Pinang ni..cik yani nak kongsi sedikit tempat yang menarik di sini. Penang merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Malaysia. Mostly tempat yang cik yani pergi hanya guna pengankutan awam ja iaitu Rapit Penang sebab dekat sini nak naik bas sangat2 la senang sebab bas dia ada banyak jadi tak ada la perlu tunggu lama-lama..sebagai student cik yani lebih suka travel dekat Pennag ni guna bas sebab jimat dan disamping tu tak penat nak mengadap jalan yang sentiasa jem. Kalau cik yani nak travel guna bas..biasanya cik yani akan pergi ke Komtar dan dari komtar baru pergi distinasi yang nak travel…kadang2 cik yani juga naik terus diri stesen utama bas iaitu dekat dengan jeti..dari USM ke Komtar atau ke Jeti harga tiket bas hanya RM2 ja..


Okay…dibawah cik yani senaraikan tempat-tempat menarik yang cik yani biasa p jelajah dekat Penang ni yang sangat meaningfull dekat cik yani dengan kawan sepanjang tinggal dekat USM ni.


untuk pengetahuan anda semua ni la suasana di dalam Rapid Penang untuk waktu yang tak sibuk tetapi kalau kena waktu pulang dari kerja penuh bas ni dari perbagai golongan dan bangsa.
 Masa tunggu bas di Komtar. Ni la antara kawan2 travel cik yani yang mang spoting dan banyak membantu cik yani masa dok di USM ni.

 Masjid Kapitan Keling terletak di bandar Georgetown bersebelahan masjid ni juga terdapat kedai nasi Kambar Beratur yang sangat terkanai kat Penang ni..mang rugi kalau sapa yang mai Penang ni tak trai...cik yani pon dah trai mang sedap dan terbaik la nasi beriani dia.






Clan Jetty merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati kalai mai penang ni..pemandangan di sangat la cantik.Clan Jetty ni merupakan kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk cina dan terdapat beberapa nama bagi clan jetty ni antranya chew jetty, tan jetty dan lee jety.. setiap dari jety ni  ada keunikan yang tersendiri, Clan jetty yang paling terkenai adalah Chew Jetty sebab terdapat banyak gerai-gerai jualan dan juga terdapat pemandangan yang  sangat  cantik.






Padang Kota Lama, kawasan ni terkenai dengan aktiviti riadah dan juga makanan yang sangat sedap terutamanya pasembur. cik yani dah terang mang sedap. Di padang kota lama ni juga terdapat Fort Cornwallis iaitu tempat peninggalan sejarah dimana terdapat meriam dan kubu pertahanan. Tiket untuk masuk hanya RM2 bagi dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak.



Jetty Pulau Pinang. tempat cik yani ulang alik balik USM ke kampung untuk naik bas di Batterworth. Perjalanan dari Jetty ke Batterworth hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja..






Bukit Bendera. tempat yang menjadi landmark bagi Pulau Pinang, kalau mai penang wajib mai bukit bendera, Harga tiket untuk naik RM 8 bagi dewasa dan RM4 bagi kanank-kanak tetapi bagi pelajar jangan lupa bawak kad pelajar untuk dapatkan diskaun 50%....rugi kalau tak bawak dpat la berjimat untuk beli makanan kat atas sana.Kalau bab makan jangan risau dekat atas sana terdapat pelbagi jenis makanan yang sangat sedap. Makanan kegemaran cik yani bila naik ke Bukit Bendera ABC, nasi goreng tomyam dan Aiskrim banana. Bila dikira rasanya sudah 7 kali cik yani naik bukit bendera sepanjang 3 tahun tinggal dekat Penang.








Art Street. Bagi sesiapa yang mai Penang harus lah melawa art yang ada di sekitar kawasan bandar Georgetown. Georgetown merupakan bandar Heritage jadi memang terbaik untuk anda nak membuat rondaan sekitar bandar yang terdapat banyak bangunan yang memaparkan senibina lama hasil peninggalan penjajah. Di sekitar bandat ini juga terdapat banyak kedai yang menawarkan sewa basikal..cik yani pon biasa sewa basikal masa jalan2, harga sewa hanya RM8 tiada had masa boleh sewa sampai jam 7 petang..naik sampai lengoh kaki....hari tu cik yani sewa dari pagi sampai tengah hari sahaja. Di sini juga terdapat pelbagai jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai antaranya aiskrim kelapa, aiskrim kepal dan nasi kandar.




Teluk Bahang cik yani mai sini masa semester 4 cantik sangat kawasan ni, dekat sini juga terdapat Taman Negara Pulau Pinang tetapi cik yani tak masuk pon dalam Taman Neraga ni sebab masa cik yani sampai tu dah lewat penang jadi cik yani cuma ronda-ronda disekitar Teluk Bahang sahaja. Di sini juga anda boleh menaiki bot dan hiking di dalam taman negara bagi sesiapa yang berminat.




Batu Ferringi, di kawasan ini juga terdapat Nigh Market yang dibuka dari jam 5 ptg hingga lewat malam terdapt pelbagai barang yang dijual..kalai nak beli disini mesti kena pandai tawar menawar ya....cik yani cuma tengok-tengok sahaja sebab kebayakkan barangnya agak mahal bagi pelajar...hehee...




Tropical Spice Garden terletak di di hadapan Monkey Beach iaitu di kawasan Batu Ferringgi. Monkey Beach juga merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai untuk berkelah dan beriadah. Tiket masuk Tropical Spice Garden RM10, di dalam garden ni terdapat tumbuhan herba yang cik yani pon tidak tahu sebelum ni tetapi jagan risau di dalam ni setiap pokok ada label nama, di dalam ni juga terdapat landskap yang cantik dan percuma minum Tea herba yang berkonsepkan layan diri.



okayy....sampai disini shaja entry cik yani......

Terima kasih kerana sudi membaca dan salam maaf dari cik yani.




Monday 8 June 2015

Minggu Peperiksaan di USM

Assalamualaikum dan hai semua....
Apa khabar semua? saya mendoakan anda semua sihat dan ceria-ceria selalu...

Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun berada di tanah Pulau Pinang. alhamdulillah peperiksaan akhir di USM akan bermula tidak berapa lama lagi, apabila berakhirnya peperiksaan ni maka berakhirlah pencarian ilmu saya di sini selama tiga tahun..Saya mendoakan moga segala ilmu yang saya perolehi di sini diberkati dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain pada masa hadapa..Amin....

Satu minggu yang lepas telah berlangsungnya VIVA atau pembentangan projek akhir.....pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa sesi menjawab soalan bersama panel yang terdiri daripada 3 oarang pensyarah..Alhamdulillah setelah hampir 6 bulan membuat kajian dan penyelidikan akhirnya dapat disiapkan jua setelah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada supervisor saya DR Cheah Chee Ban yang banyak memberi tunjuk ajak, para pensyarah serta tidak dilupakan juga kepada pelajar phd dan pembantu makmal serta rakan2 yang bnyak membantu...
 

Sekarang adalah masa untuk membuat pembentulan thesis dan minggu ulang kaji..Lagi satu minggu saya akan pulang ke kampung halaman dengan izinNYA..Terlalu banyak kenangan suka duka yang tercipta di sini, USM-HBP-FAJAR HARAPAN.


Selamaat maju jaya saya ucapkan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir bagi semester ini dan selamat menempuh alam pekerjaan kepada semua yang berada di semester tahun  akhir...

Teristimewa saya ucapkan kepada semua classmate Building Technologi USM ( 2012-2015)
thank for the best memory and moment..good luck for all of you...
I pray our friendship till Jannah.Amin...

 Bersama Dr Cheah Chee Ban dan rakan2 Final year project

 VIVA dan Conference

Classmate Building Technology (2012-2015)



 Annual Dinner Building Technology sidang 2014/2015



Tak sabar nak bergraduasi dan pakai jubah konvo.


Salam Maaf dari saya blogger Nurul Hasyani.


 


The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...