.....belajar adalah proses berturusan waalaupun dimana kita berada........
oleh itu hari saya akan berkongsi sedikit maklumat hasil pembacaan saya beberapa hari yang lepas semasa berada di pejabat..
APA ITU BITUMEN
Bitumen ialah bahan likat berwarna hitam keperangan atau hitam yang terhasil secara semulajadi atau deperolehi dari penyulingan berperingkat minyak mentah. bitumen akan berada separuh pepejal pada suhu bilik tetapi akan cair apabila dipanaskan. ia boleh didapati secara komersial dalam perbagai ged piawai. sejak sekian lama, gred bitumen ditetapkan berdasarkan nilai penusukan, terdapat lima gred piawai : 40-50, 60-70, 80-100, 120-150 dan 200-300. Malaysia menggunakan gred 60-70 dan 80-100.
Dalam menghasilkan alsphalt, bitumen dan agregat akan dipanaskan dalam suhu yang tinggi untuk mencairkan bitumen dan mengeringkan agregat sebelum bercampur bersama. bagi proses tertentu, adalah tidak wajar untuk memanaskan bitumen dan/atau agregat, sebagai contoh bagi surface dreesing dan kerja priming. Oleh itu, cutback bitumen dan bitumen emulsi digunakan.
Cutback Bitumen dihasilkan dengan mencampurkan bitumen dengan komponen minyak yang lebih cair. ia boleh digunakan pada suhu persekitaran atau dipanaskan pada suhu yang lebih rendah berbanding suhu pemanasan bitumen. ia akan mula mengeras dengan pengewapan komponen minyak yang lebih cair itu. Kadar mengerasan adalah bergantung kepada kadar pengewapan minyak tersebut. Apabila pengerasan cepat diperlukan seperti surface dressing, minyak cair seperti minyak tanah digunakan. Apabila pengerasan lambat diperlukan , seperti bagi bahan tampalan pothole dan penstabil tanah, minyak yang kurang meruap seperti diesel digunakan. Cutback bitumen ynag boleh digunakan dalam keadaan sejuk mengandungi 30% minyak cair sementara Cutback bitumen yang perlu dipanaskan mengandungi kurang minyak cair. Cutback boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan gred. jenis cutback merujuk pada kadar kelajuan pengewapan sementara gred cutback bitumen merujuk pada kelikatan minimum kinematic viscosity dalam centistoke pada suhu 60 darjah celcius. Cutback bitumen mesti memenuhi kriteris MS159. Klausa 4.3.1.2 JKR/spj/2008 - S4 menetapkan bahan primecoat mestidari cutback bitumen gred MC-70.
 |
BITUMEN
|
Bitumen emulsi ialah campuran titisan halus bitumen bersaiz purata2 mikron di dalam air. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bitumen(55-65%) dengan air dan bahan emulsi dalam pengisar koloid. Ia membolehkan penggunaan bitumen pada suhu persekitaran tanpa perlu dipanaskan. Air akan terus meruap sejurus selepas emulsi terdedah kepada udara. Ia berwarna cokelatkekeruhan dan bertukat menjadihitam berkilat apabila semua air telah meruap. Ia terbahagi kepada empat kelas iaitu anionik, kationik, non-ionik dan clay stabilitied. Kelas anionik dankationik adalah paling banyak digunakan.
Bitumen Emulsi mestilah memenuhi kreteria MS 161. Anionik bitumen tidak dimasukkan dalam MS 161 kerana emulsi jenis ini tidak digunakan dalam pembinaan jalan. Kationik emulsi boleh digunakan dengan lebih bnayakjenis agregat berbanding anionik emulsi.