Sunday 20 July 2014

JENIS PENGGELEK (STEAMROLL ) PAVEMEN

Terdapat dua jenis penggelek pavemen yang biasa digunakan iaitu Penggelek roda keluli dan Penggelek tayar pneumatik.

1. Penggelek roda keluli.
- Terdapat dua jenis penggelek roda keluli iaitu tandem dua gandar dan jenis tiga roda. Berat penggelek seharusnya di antara 8 ke 10 tan dan roda pemacu hendaklah beban tidak kurang dari 3.5 tan bagi setiao meter lebar roda seperti yang dinyatakan 4.3.3.4 9e0JKR/SPJ. Permukaan roda penggelek perlu sentiasa diperiksa sekiranya terdapat sebarang kecacatan. 


2. Penggelek tayar pneumatik.
-Berat penggelek tayar pnematik hendaklah tidak kurang dari 15 tan sebagaimana yang dinyatakandalam Klausa 4.3.3.5 (i)JKR/SPJ. Semua tayar hendaklah berada dalam tekanan yang sama dan tidakkurang dari 0.7 MPa. 


NOTA : Kelajuan penggelek roda keluli hendaklah tidak melebihi 5 KM/J  dan bagi penggelek tayarrrrrrr pneumatik adalah 8 km/j. Pusingan tajam dan permukaan gelekan secara mendadak hendaklah dielakkan.Penggelek atau sebarang kenderaan berat tidak sepatutnya dibenarkan berjenti di atas permukaan yang baru diturap sebelum pamadapan siap dilaksanakan dan bahan turapan telah sejuk sepenuhnya selepas diturap.

No comments:

Post a Comment

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...