Thursday 16 March 2017

Rezeki : Seutas Jam Tangan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Tarikh 9 March 2017 : Pada hari itu aku pulang dari kerja lebih kurang jam 6 setengah so sampai  rumah hampir jam 7 sebab rumah aku dekat saja dengan tempat kerja lebih kurang 15 minit perjalanan. Dah sampai rumah aku pon layan la Tv jam 7 sambil rehat2.... tengah2 syokkkk tengok Tv tiba-tiba elektrik tak ada.. huhu.............

Aku dah kalut dah bila elektrik  tak ada sebab aku tak pernah buat apa2 persediaan sebelum ni... Dalam hati aku time tu dok fikir nak buat macam mana ni? tak akan nak duduk dalam gelap ja, waktu tu satu taman xada elektrik.. biasanya kalau satu taman xada elektrik mesti makan masa dua tiga jam jugak nak ada semula.. Setelah berfikir aku buat keputusan ajak membe rumah aku pergi ke Masjid berhampiran.


Pada malam tu around jam 10 malam lebih baru ada elektrik, itu pon setelah lebih kurang 15 minit duduk dalam gelap sebab kami balik sebelum jam 10 lagi selepas pergi makan malam dan juga g isi minyak kereta. Pada malam tu aku rancang nak menjahit dan kemas barang sebab nak balik kampung keesokkan hari nya tetapi disebabkan aku rasa penat sangat so lepas ada elektrik terus aku tido tak ingat dunia.......

Esok pagi aku bangun kemas2 barang dan sempat lagi aku basuh baju sebab aku malas nak bawak balik bju kotor dekat kg.... dalam aku dok kalut siap nak pergi kerja tu baru aku teringat jam tangan aku tak di tempat selalu aku letak.. huhu.... Puas aku cari tak jumpa letak dekat mana? lama aku termenungi throwback semula bila kali terakhir aku guna dan letak di  mana?

Akhirnya, aku ingat aku ada pakai pergi masjid dan masa aku masuk ke ke tandas masa nak ambik air sembahyang aku ada buang dan letak di pili paip di tempat ambik air sembahyang... Apa lagi aku pon cepat2 siap dan pergi masjid tersebut sebelum pergi kerja., Pada masa tu.. aku hanya mampu berdoa kepada Allah jam tersebut masih ada atau pun di jumpa oleh orang yang bertanggung jawab untuk di pulangkan semula kepada aku. Apabila aku sampai di kawasan masjid, ramai orang pada masa tu walaupun sudah hampir jam 8 pagi sebab pagi tu ada tazkirah pagi jumaat.  Alhamdulillah,  jam tangan aku masih di tempat yang sama dan syukur Allah masih memanjangkan rezeki jam itu milik aku lagi...


Jam tangan ni antara barang yang aku sayang, dah lama dia berhikmat untuk aku semenjak tahun 2011 aku beli, dan baru 3 kali tukar bateri. Ini adalah jam ke2 aku yang masih kekal bersama. Jam pertama aku jenama yang sama jugak CASIO, jam tu paling aku sayang sebab pemberian mak aku masa aku tingkatan 4 sebab aku boleh result PMR yang bagus dan di luar jangkaan keluarg ku dan juga sekolah ku..Jam tersebut masih lagi aku pakai sampai sekarang.. Lama kan? Semoga Allah sentiasa melindunginya. Amin.





 'Lunch Box' by Cik Yanie.


Makanan untuk tengah hari ini, N]nasi Putih, udang masak manis bersama tomato dan juga  cabai budu. Setiap hari jika ada kesempatan aku akan bangun masuk lunch box untuk di bawak ke tempat kerja... Aku bersyukur sangat dapat environment kerja yang sangat membantu aku untuk aku terus bawak lunch box ke tempat kerja sebab rakan sekerja bilik aku juga suka bawak bekal. Bukan apa aku suka bawak bekal ke tempat kerja, hal ini akan membantu aku untuk mempunya masa rehat yang lama dan membantu aku dalam mengamalkan pemakanan yang sihat dan terjamin kebersihanya. InsyaAllah...
 Alhamdulillah.



Rezeki pemberian Allah itu luas maksudnya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza. Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat kurniaan-Nya. 




Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani















1 comment:

  1. Alhamdulillah :D syok tengok lunch box yani..reminds me of how you love cooking bila ada masa dulu2 :D dapatlah aina merasa :D hehe thank youuuu

    ReplyDelete

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...