Friday 17 March 2017

Padang Besar, Perlis Indra Kayangan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum....

Entry hari ni pasal jalan2 di Padang Besar dan juga ke Alor Setar, Kedah.. Sebenarnya perjalani adalah last minutes planning semuanya bermula apabila tiba2 Aina text me " what are u doing this weekend?". Aina tiba2  ja ckap ajak pergi Padang Besar bersama dengan Afikah. Apa aku pon jom ja la kan sebabnya mang aku dah lama gila tak pergi sana dan dulu ada masa sem akhir master ada rancang nak pergi bersama dengan Aina dan Athikah untuk pergi tetapi tak menjadi2 jugak. 

Kat sini aku cerita serba sedikit rancangan perjalanan kami bertiga. Aina dan Afiqah bertolak ke ke Sungai Petani dari Penang dalam jam 7.30 pagi dan sampai di S.P dalam jam 8 lebih. Selepas sarapan semua kami bertolak ke Padang Besar dalam jam 9 dan sampai di sana lebih kurang jam 10.30 pagi, so almost 1jam setengah perjalan untuk ke sana..


Ni view dalam perjalanan nak pergi ke Padang Besar.. MasyaAllah sangat cantik view di sepanjang jalan ni...Aku rasa macam nak berhenti tepi jalan tu dan buat photoshoot ja. 



Aina yang tengah sibuk nak pilih cenderamata nak bawak balik K.L

Ni adalah bangunan yang menempakan puluhan kedai  dan dekat dalam ni banyak sangat barang yang di jual, rambang mata nak beli. Paling famous aku rasa dekat sini orang akan cari makanan seperti beras pulut, beras wangi, jajan, baju pasukan bola dan cenderamata. 


 Ni salah satu kedai yang jual baju pasukan bola. Aina dan afiqah tangah sibuk nak buat pilihan baju. Kat sini ada banyak gred baju yang boleh pilih. Nak terang lebih pasal gred baju ni aku tak pandai sangat sebab tak ambik tau masa tuan kedai tu explain..hehehe..
Semuanya ada 4 bangunan tempat jual barang dan jugak satu open area yang akan buat jualan.  Untuk barang makanan aku beli dekat open area sebabnya dekat sini boleh tawar menawar dan diorang senang nak bagi harga yang lebih murah berbanding kedai yang di dalam bangunan.

Di kawasan ini jugak ada gerai makanan Ala Thai dan makanan berlauk, semuanya nampak sedap tetapi kami tak ada makan pon di kawasan sini just beli air saja sebab masih kenyang lagi sarapan pagi tadi makan sangat banyak + orang ramai sangat maybe sebab pergi hari minggu kan.So kami just chill shoping dan jalan2 semua kawasan tu. 

Antara kedai di kawasan open area, kat sini lebih banyak jual makanan berbanding pakaian .



TAk sah la kan kalau tak bergambar di landmark kawasan yang kita lawati. Masa tangkap gambar ni sebenarnya ada ramai orang dekat signbord tu so kami tunggu bagi orang kurang than baru tangkap gambar sebab nak gambar and view yang paling cantik..ahak...

Masa di Padang Besarnya tak banyak gambar yang ambik sebenarnya, gambar environment dan juga sekeliling juga tak ada ambik sebab kalut nak shopping. Antara kami bertiga, Afiqah paling banyak bershoping dan aku yang ke2 dan Aina banyak beli makanan. Yang paling penting sebenarnya kami juga merancang nak pergi ke tempat lain lagi. Antanya kami rancang nak pergi ke Sempadan Bukit Kayu Hitam dan jugak akan ke Alor Setar. Untuk Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar aku akan cerita entry yang berikutnya pulak. 


Jumpa lagi entry akan datang....

Salam positive diri dan syukur selalu.
Cik Yani


1 comment:

  1. Kalau nak pi Pdg Besar kena bawak duit byk beli bru syok...toksah fikir panjang~ LOL. Megi yg kita beli tu masih ada lagi satu ke dua..x habis lagi makan hehe. moga ada kesempatan kita round the world sama2 lagi :D

    ReplyDelete

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...