Friday, 27 July 2018

Best Photo Shoot at Cameron Highland, Pahang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Entry kali ni Cik yani nak share picture yang sempat cik yani shoot semasa lawatan ke Cameron Highland yang lalu...

Cameron Highland mempunyai cuaca yang nyaman dengan udara yang sejuk serta pemandangan yang memukau telah menjadi satu daya tarikan pelancong dan orang ramai untuk mengunjunginya termasuk lah cik yani yang terjebak jugak...ini adalah lawatan kali ke3 cik yani ke sana..kali ni cik yani just nak kongsi gambar sahaja tetapi cik yani ada tulis entry tempat menarik yang korang wajib pergi jika turun ke cameron pada tahun lepas, korang boleh click  di sini Tempat Menarik di Cameron Highland 

Let start explore.....


























 Hasil memborong bunga dari cameron......




Selamat membaca dan bercuti guys.....





LoVe
Cik Yani

Wednesday, 27 June 2018

Selamat Hari Raya | 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Ya....bestnya pulang berhari raya di kampung halaman kan? pejam celik, pejam celik hari ni dah 13 syawal...cepatnya masa berlalukan? 

Cik yani pon dah kembali bekerja seperti biasa.. Rasanya belum terlambat cik yani nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca dan seluruh umat islam yang menyambutnya. 

Tahun ni kali pertama cik yani beraya rumah sebagai isteri dan kali pertama beraya di rumah mertua, banyak yang cik yani belajar dari suasana baru dan tempat baru..walaupun jarak rumah cik yani dan rumah mertua masih dalam satu daerah yang sama...hehehe..... still satu pengalaman dan perkara baru yang perlu di pelajari.

Korang cuti lama tak raya tahun ni? cik yani cuti sampai raya ke3 saja..raya ke4 dah masuk office bekerja seperti biasa.... Masuk office pasang lagu raya...wowww....feelingnya orang yang merasai sahaja yang tahu kan...huhu....

Persiapan raya kali ni cik yani buat ala kadar sahaja..baju pon tak sedondon disebabkan buat persiapan saat2 akhir..hahaha... Cadang nak buat kuih raya tahun ni tetapi 2 kali cik yani buat tapi tak menjadi terus cik yani stop...huhuhu... Jadi tahun ni hanya buat popia cheese dan kacang sahaja yang lain beli..... InsyaAllah untuk raya haji cik yani kena mula buat kuih awal dan buat tampa berputus asa....cayokkkk.....( harap2 impian cik yani tercapai)....

Bila usia semakin meningkat ni perasaan nak raya ni rasa lain macam sikit, korang rasa macam tu tak?... ke cik yani seorang ja rasa macam tu...huahua..... apa-apa pon setiap kali raya lah salah satu peluang kita untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sanak saudara dengan cara saling ziarah mengziarahi...Raya kali ni mang cik yani banyak berjalan rumah kaun keluarga sampai nak #ootd pon tak sempat..banyak sangat makanan yang diorang hidangkan....


.Alhamdulillah 









Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari Cik Yani dan Keluarga





LoVe,
Cik Yani


Tuesday, 17 April 2018

Melawat Laman Strawberry di Semeling, Kedah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....



Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 4 kita untuk tahun 2018, lama juga cik yani tak update kt blog ni kan..... Okay!! ni cik yani nak share satu ladang strawberry yang terletak di Kedah yang baru2 ni di Viral seluruh Malaysia,cik yani rasa ni la satu-satunya ladang strawberry yang di tanam di kawasan panas... 

Ladang ini diberi nama Laman Fig Suhanis dan di miliki oleh bumiputra anak jadi Kedah. Bagi cik yani walaupun pokok strawberry tak banyak macam yang kita tengok dekat ladang-ladang di cameron tetapi it good afford  and interesting to explore.


Kat laman ni juga ada jual air strawberry, strawberry coklat, ais krim dan jugak cup cake strawberry. Masa cik yani pergi tu hanya sempat beli air sahaja, cadangnya nak beli strawberry coklat tetapi habis lak time cik yani sampai.....rmai orang datang melawat... Hopefully one day cik yani ada masa dapat pergi sana lagi dan mencuba strawberry coklat....so yummnyyyyy......











Selamat membaca....


LoVe,
Cik Yani

Monday, 2 April 2018

My Solemnization | HasyaniXirwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak menulis disini... Apa Khabar semua? semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria sokmo... Setelah sekian lama berlalu baru sempat aku untuk bercerita dan menulis hari bersejarah aku untuk di tinggal memori di hari tua di sini..

Alhamdulillah....tanggal 24 November 2017 jumaat, jam 2.30 p.m aku sah menjadi isteri kepada Muhamad Irwan a.k.a iwan setelah beberapa lama merangcang dengan izin Nya. Sebelum itu dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayah dan Mak aku kerana memberi restu dan seleruh keluarga kedua2 pihak yang telah menjayakan majlis yang cukup bermakna bagi aku ini.

Rasa macam tak percaya ja sekarang ak dah menjadi isteri orang....hahhaha.....


Masa terus berlalu hari ini genap sudah 4 bulan usia perkahwinan kami...rasa mcam baru ja pakai baju kawin... huuhu...


Alhamdulillah......











Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat dengan penuh kasih sayang, berkat dan toleransi, Amin.





LoVe
Cik Yani



Tuesday, 5 December 2017

LAZADA Online Revolution Blogger Contest 2017

Assalamualaikum dan hai....

Masa tengah check reading list dalam blog tiba-tiba ternampak satu iklan contest lazada sempena Online Revolution yang bermula pada 11.11.2017 yang lalu, mang terbeliak biji mata la bila tengok diorang buat sale sampai kan aku pon terjebak sama la, kalau korang tak percaya aku cakap boleh tengok dekat sini untuk lagi detail apa yang diorang tengah buat sale sekarang ni , https://www.lazada.com.my/online-revolution/ , peluang macam ni bukan datang selalu, jadi ini adalah salah satu peluang kita untuk memanfaatkan perancangan kewangan kita. 


Apa yang lagi menarik LAZADA juga telah menganjurkan satu contest untuk semua blogger untuk menyertainya dan ini merupakan kali pertama aku join contest yang dianjurkan oleh LAZADA dan korang juga boleh join sama-sama untuk memriahkan lagi sale pada tahun ini. Contest ini sangat senang hanya jawab 4 soalan yang diberikan dan pemilihan pemenang dipilih secara random.. mana tau rezeki kita kan.... so jom sama- sama join sebelum tarikh tamat yang bermula pada 11.11.207 sehingga 14.12.2017. 


Macam mana nak join contest ini?

Korang boleh layari https://www.lazada.com.my/blogger-contest/ .. untuk syarat-syarat untuk join contest tersebut...jangan risau soalannya sangat mudah dan soalanya seperti dibawah..jom la kita menjawab sama-sama ya...

  •  Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Ya..semestinya aku ingat, produk pertama yang aku beli dekat Lazada dengan menggunakan     akaun aku sendiri adalah Mini Sewing Machine pada awal tahun hari tu... sebelum pada itu aku pernah beli handfon ASUS pada tahun 2014 dengan bersama sahabat baik aku..seriusly berbaloi sangat sebab sampai sekarang aku masih lagi menggunakan handfon tersebut. Manakala Mini Sewing Machine itu juga menjadi salah satu barang kesayangan aku disebabkan lama juga masa yang aku ambil untuk servey sebelum membeli dan ianya sangat membantu aku mejahit produk kraf yang aku hasilkan secara kecil-kecilan.

  •  Which types of products would you prefer buying online?
 Aku tak pernah kisah untuk membeli apa-apa barang secara online, biasanya apa yang menjadi pemilihan aku adalah dari segi harga secara online dengan yang dijual secara luar talian, so dari situ jika aku rasa berbaloi aku akan beli tetapi biasanya antara produk yang aku biasanya beli secara online adalah barang-barang pembuatan kraf, pakaian dan alatan makeup.
  •  What to you love about online shopping?
Online shopping bagi aku sangat senang sebab kita boleh buat perbandingan secara terus tampa mengeluarkan model minyak kereta untuk bergerak ke sana dan ke mari, sebab itu lah aku suka sangat online shopping tak perlu fikirkan jarak perjalanan dan habiskan masa untuk keluar dari rumah. Buat pemilihan dan perbandingan, bayar dan tunggu depan rumah couries akan hantar terus ke depan rumah..i love..i love...
  •  Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Bila sebut pasal apa planning nak beli ni sebenarnya sangat lah rambang mata sebab next month juga planning untuk berpindah rumah duduk sendiri jadi banyak perkakasan rumah yang tengah servey untuk beli masa sale ni.. banyak sangat sale perkakas rumah tau...korang boleh klik link ini untuk maklumat lanjut https://www.lazada.com.my/online-revolution/



Macama mana korang senangkan soalan yang Lazada bagi... wish luck for me dan korang jugak ya... Thank You Lazada sebab buat Sale Online Revolution.


More info :-

DIY Bunga Konvo | Flower Bouquet

Assalamualaikum dan hai.....


Bertemu lagi kita, kali ni aku nak tulis entry mengenai cara macam mana nak buat DIy bunga konvo atau flower bouquet, sebenarnya ianya tak terlalu susah untuk dibuat sendiri dan tak terlalu senang, pada pendapat aku jika kita just buat satu ja bouquet dia jadi tidak berbaloi sebab kos untuk buat satu lagi mahal sebabnya kita tak boleh nak beli barang dalam quantiti yang sedikit tetapi kalau kita buat banyak bouquet ianya menjadi sangat berbaloi.....

Walaubagaimanapun tak salah untuk membuat walaupun satu bouquet kerana itu adalah hasil kerja tangan kita dan bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kita untuk berusaha memberi yang terbaik kepada si penerima.....gitu ha.... Okay! meh aku tunjuk hasil kerja aku yang aku bilang ini kaliu pertama aku mencuba buat bouquet untuk teman2 aku yang bergraduasi pada bulan 10 yang lalu...

Sebahagian daripada bunga yang guna
Bahan-bahan untuk buat bouquet
Separuh dari hasil tangan

Done!! untuk kawan2 konvo


Muka happy dapat jumpa kawan2 lama.... 
Masing2 bawak hadiah untuk kawan2 yang konvo



Sebenarnya tak ada niat pon asalnya untuk update sebagai entry tutorial so tak dapat nak juntuk step by step macam mana nak wrap bouquet sampai ke final siap semua... apa2 pon aku harap hampa dapat idea macam mana nak buat bunga konvo untuk kawan2 hampa ya... 



Terima kasih kerana melungkan masa untuk membaca...




LoVe,
Cik Yani

The Latest post

Kejayaan yang tertangguh...

Untuk berjaya, keinginan kamu untuk berjaya harus lebih  hebat  daripada ketakutan kamu untuk gagal.” – Bill Cosby. Kata-kata ini ...